Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.ga.ma.an] | کأݢاماءن

Definisi : perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.ga.ma.an] | کأݢاماءن

Definisi : (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keagamaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil?Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa19.08.2019
saya ada menulis buku becorak keagamaan dan ingin diterbitkan oleh dewan bahasa dan pustaka. bagaimanakah prosidurnya?

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Untuk perbincangan lanjut, saudara boleh menghubungi saya melalui emel noriyani@dbp.gov.my .

Lain-lain14.12.2010
Anak gadisnya dibimbing dengan nilai-nilai keagamaan agar tidak mudah dipengaruhi oleh perubahan zaman. munsyi, adakah terpengaruh lebih sesuai digunakan ? TQPerkataan dipengaruhi atau terpengaruh boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.
Tatabahasa16.02.2012
Apakah peranan dan kepentingan laras bahasa dalam bidang keagamaan?Laras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya atau ragam bahasa termasuk bahasa agama. Laras bahasa agama mempunyai gaya tersendiri dan kadangkala terpengaruh dengan cara bahasa Arab,Lain-lain09.10.2006
Salam sejahtera, Bagaimanakah suntingan yang setepatnya untuk ayat-ayat keagamaan berikut? Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahanam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beramal soleh). Apakah istilah yang sesuai untuk menggantikan 'Demi sesungguhnya'?Mengikut konteks agama, ayat yang berunsur sumpah didahulukan kata "demi" untuk penegasan.Lain-lain05.10.2020
apakah peranan bahasa melayu di dalam bidang pentadbiran,kehakiman,pendidikan,keagamaan,perniagaan,teknologi maklumat,hiburan?Peranan bahasa Melayu dalam kesemua bidang yang dinyatakan  adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.  Lain-lain27.03.2008
apakah maksud sekularisme?Sekularisme ialah fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusiaMakna29.08.2006
Salam sejahtera, Apakah cadangan DBP untuk terjemahan Bahasa Inggeris bagi frasa "rapatkan saf" dari segi konteks keagamaan? Saya hanya jumpa "filling in the gaps in prayer rows" di laman web muftiwp. Adakah DBP mempunyai cadangan lain yang lebih ringkas dan tepat? Terima kasih.Untuk makluman, DBP menyediakan khidmat penyemakan terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dan tidak sebaliknya.



Namun begitu, kami mencadangkan padanan lain untuk "rapatkan saf" ialah close the prayer gaps.
Lain-lain24.02.2022
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi premis yang disediakan bagi, dan digunakan semata-mata atau terutamanya untuk, sembahyang keagamaan awam, atau premis yang terdiri daripada atau termasuk dalam rumah yang diduduki dihuni sebagai tempat kediaman persendirian yang berasingan (3) Subsection (1) shall not apply to premises appropriated to, and used solely or mainly for, public religious worship, or premises consisting of or comprised in a house that is occupied as a single private dwelling: Berdasarkan peruntukan di atas, apakah padanan bagi 'public religious worship' dalam konteks ini? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "public religious worship" ialah tempat sembahyang awam.Pembinaan Bakat25.01.2022
maksud imarahmenggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan.Tatabahasa24.11.2007
1234

Kembali ke atas