Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ah.lian] | کأهلين

Definisi : 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ah.lian] | کأهلين

Definisi : 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keahlian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
keahlian in valid sampai bila? terima kasihSoalan saudari tidak jelas.Lain-lain30.04.2010
salam..saya ingin bertanya,buku salina tidak diterbitkan lagi ke?sebab sudah lama saya mencari buku tersebut tapi masih tidak dapat.. 2)DPT patut wujudkan sistem kad keahlian kepada pelanggan DBP..dengan kad keahlian tersebut,DBP boleh buat jualan murah secara berperingkat sepertimana yang dibuat seperti pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai buku yang lain..dengan adanya kad keahlian dan potongan harga untuk ahli,saya pasti minat membaca rakyat Malaysia semakin bertambah.. 3)tuliskan bilangan muka surat utk setiap buku yang dijual secara online sebab kalau tidak ditulis,agak sukar untuk mengagak ketebalan sesebuah karya.. diharapkan pihak DBP akan mempertimbang cadangan saya ini.. sekian,terima kasih...

Terima kasih kerana menggunakan talian khidmat bahasa DBP.

1) Untuk pengetahuan saudara buku Salina belum ada diterbitkan untuk edisi baru. Untuk membacanya saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu dan menjadi ahli RAKAN DEWAN.

2) Saudara boleh menjadi ahli RAKAN DEWAN dengan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Dengan keahlian ini secara automatik saudara akan dapat menggunakan kemudahan rujukan, penyelidikan dan pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Disamping itu dengan kad keahlian Rakan Dewan saudara akan menikmati diskaun sehinghga 25 peratus yang ditawarkan di mana-mana kedai Galeri Ilmu DBP di ibu pejabat, pejabat cawangan dan wilayah.

3) Jika saudara merujuk ke KATALOG AWAM ATAS TALIAN melalui sistem Pustaka, apabila saudara klik pada ikon TERPERINCI maka segala maklumat mengenai buku tersebut akan dipaparkan. Saiz buku, ketebalan buku dan lain-lain lagi.

Selamat Mencuba

Lain-lain03.12.2009
apakah makna dengan jurutari? orang yang pandai menari?Juru bermaksud orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara; ahli. Jadi jurutari bermakna orang yang pandai dalam bidang tarian.Makna08.07.2008
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama.Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia.Tatabahasa27.09.2012
saya nak tanya macam mana saya nak meminjam atau memiliki bahan atau buku di dewan bahasa dan pustaka.

Terima kasih atas soalan anda.

Pusat Dokumentasi Melayu,DBP memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa,sastera dan budaya. Jika  saudara berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu,DBP saudara boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran dikenakan sebanyak RM20 untuk keahlian setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 yuran kehalian untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudara boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3,Blok Podium, Menara DBP

Lain-lain20.07.2010
Bagaimana cara untuk menjadi ahli e-perpustakaan DBP?Terima kasih kerana saudara berminat menjadi ahli Rakan Dewan. Saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP, mengisi borang dan membayar wang keahlian dan seterusnya saudara boleh menggunakan kemudahan di PDM. Sekian terima kasih Malah saudara juga boleh memuat turun borang Rakan DewanLain-lain30.12.2007
bagaimana jika saya hendak mendapatkan dan rujukan dari jurnal bahasa?

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan di Pusat Dokumentasi Melayu anda boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan.

Lain-lain07.08.2010
Salam sejahtera, Saya adalah pelajar tahun pertama ijazah kedoktoran di University of Nottingham, UK dan ingin bertanya apakah prosedur yang terlibat untuk membuat rujukan bahan arkib serta manuskrip di Dewan Bahasa dan Pustaka? Kajian saya adalah berkenaan buku teks sejarah yang telah digunakan sebelum dan selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk membuat rujukan (fieldwork) dari bulan Jun hingga Ogos 2011. Sekian, terima kasih. Kavitha Ganesan University of Nottingham

Terima kasih Sdr Kaviganesan. Sdr boleh melayari Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) yang terdapat dalam Laman Web DBP dan membuat semakan judul atau subjek bahan yang diperlukan.

Sekiranya ada bahan yang boleh membantu, sdr boleh mendaftar di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Podium Menara DBP sebagai ahli Rakan Dewan.

Setelah mendaftar sdr boleh membuat rujukan bahan-bahan yang diperlukan. Kadar yuran keahlian ialah RM30 untuk setahun, RM30 untuk 2 tahun dan RM35 untuk keahlian 3 tahun. Waktu perkhidmatan ialah setiap hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari/2.45 petang - 4.45 petang).

Terima kasih kerana berhubung dengan kami.

Lain-lain20.04.2011
Salam Tuan..saya sedang mencari buku Ibrahim Wahab, (1990), Teknik Sistem Lalulintas Dan Pengangkutan, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur sebagai rujukan untuk projek akademik saya. Di mana saya boleh dapatkan buku ini?

Terima kasih atas soalan anda.

Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan menjadi ahli Rakan Dewan (keahlian perpustakaan) dan saudara boleh membuat rujukan dan pinjaman bahan.

Lain-lain05.08.2010
Assalamualaikum, Saya hanya ingin bertanya bagaimana caranya sekiranya saya ingin menulis cerpen/novel dan mendapatkan sumber kewangan melaluinya?Saudara disarankan supaya membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik mengarang cerpen dan novel . Saudara juga disarankan supaya bergiat dalam persatuan penulis supaya dapat berkenal-kenalan dengan penulis yang hebat, di samping mengikuti kursus atau bimbingan penulisan yang dianjurkan oleh persatuan tersebut. Saudara juga boleh menjadi Rakan Dewan untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mengisi borang keahlian dan membayar yuran tahunan  di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut tentang penulisan sila hubungi Sdr. Azmi melalui e-mel azmi@dbp.gov.my. Lain-lain03.02.2008
12

Kembali ke atas