Assalamualaikum & salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi nama 'daripada' dan 'kepada'. Dalam ayat contoh ini, kata sendi manakah yang lebih sesuai? Mohonlah keampunan daripada/kepada Allah SWT. Pada pendapat saya, lebih sesuai digunakan 'daripada' kerana kita memohon sesuatu daripada sumber lain. Dalam ayat contoh, kita memohon keampunan daripada Allah SWT. Maksudnya, sumber kemaafan itu datangnya daripada Allah SWT. Wallahu'alam.. Itu hanya pendapat saya. Namun, saya menunggu jawapan daripada pihak PRPM. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah " Mohonlah keampunan daripada Allah SWT. | Tatabahasa | 20.06.2019 |
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi ayat ini? "Beta tidak akan memberikan keampunan kepada ( )!" sabda Sultan Muadzam kepada Bendahara dengan murka. A kamu B tuanku C tuan hamba D hamba E awak/engkau/anda Ribuan terima kasih ! | Ayat yang betul ialah “Beta tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba”. | Lain-lain | 22.01.2022 |
Salam tuan, Adakah pengampunan dan keampunan itu sama? Yang mana satu yang menunjukkan sesuatu pengharapan agar kesalahannya diampunkan atau dimaafkan? Terima kasih. | Menurut data kami, pengampunan bermaksud perbuatan (hal dan sebagainya) mengampuni atau mengampunkan: ~ beramai-ramai. Oleh itu, perkataan yang sesuai ialah pengampunan | Makna | 19.08.2016 |
Pada pagi hari raya, Fendi akan bersalaman dengan ibu bapanya untuk meminta keampunan. Maaf, saya ingin bertanya adakah ayat ini betul?Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ayat tersebut sudah betul. | Tatabahasa | 02.06.2020 |
boleh tak tolong perbetulkan puisi yang saya buat ini? aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya dibawah sinaran cahaya bulan dibawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakamlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahayasesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini... bantuan dari pihak tuan amat saya hargai... terima kasih | aduhai remaja apalah erti dunia remajamu tika tabir menebarkan sayapnya di bawah sinaran cahaya bulan di bawah debar kota dalam alunan gelombang pura-pura kau biarkan manismu diseri kumbang jalanan dihidu embun jantan aduhai remaja kembalilah kau pada seruan wahyu bersimpuhlah engkau sambil menadah tangan memohon keampunan dan restu-Nya aduhai remaja kembalikanlah harga dirimu yang kian hilang muliakanlah kasih yang diberi tujuilah lorong bercahaya sesungguhnya kita ialah bakal khalifah di muka bumi ini Ulasan: Secara umum puisi yang dihasilkan oleh adik baik dan adik harus terus menulis lagi untuk memantapkan gaya penulisan. Selain itu, adik boleh merujuk atau membaca buku-buku puisi untuk menghayati dan mempelajari gaya penulis seseorang penyair. DBP berharap adik terus menulis. Sekian terima kasih.
| Lain-lain | 20.12.2008 |
Salam,Tuan/Puan,bolehkah saya tahu apakah kesalahan bahasa dan kesalahan tatabahasa dalam ayat yang diberikan di bawah?Terima kasih Masalah dan Hal yang berlakunyav banyak kejadian dalam masa terkini.Mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Tempat yang kita tinggal dan tingkat Blok seperti Taman Cheng Mutiara.Seorang yang menghasilkan tugasan kepada orang lain seperti jirantetangga atau kita.Mungkinlah jiran tetangga bersikap malas mengimplementasikan tugasan yang diberikannya.Merekka berasa tindakan ini amat memboroskan dan membuang masa yang pulau di batu.Mereka akan mencari alasan yang banyak seperti seribu alasan untuk mengelakkan menjalankan tindakan dan tugasan tersebut.Pengendalian Blok itu akan mendapat wang yang ditentunya.Mereka seyogia mendapat wang bahkan bukan mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.Kita perlulah bertanggungjawab menanggung segala bebanan yang didatangnya.Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan keampunan diri untuk menangani kemelut diri sendiri.Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk menambahkan saling memahami untuk membantu mereka pada bila-bila masa.Aktiviti bergotong-royong haruslah kita meluangkan masa yang terluang.Dengan berbuat demikian,kita bukan saahaja dapat saling memahami bahkan juga boleh membersihkan kawasan di sekeliling kita. | Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah: - Dari segi tatabahasa
- Tanda baca yang digunakan tidak betul
- Wujudkan ketidaksinambungan antara ayat
- Kesalahan ejaan
- Pemilihan perkataan yang tidak betul
Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan: Terdapat banyak masalah yang berlaku pada masa kini. Mereka kurang bekerjasama dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Seseorang itu perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran tetangga. Mungkin terdapat segelintir jiran tetangga yang bersikap tidak peduli terhadap tugasan yang diberikan. Mereka merasakan tindakan ini seperti membuang masa sahaja. Mereka akan mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan tugasan tersebut. Pengurusan blok akan mendapat wang yang ditetapkannya. Mereka seharusnya memperoleh wang dan bukannya mewujudkan kemananan dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Kita perlulah bertanggungjawab dan sanggup menanggung segala beban yang akan dihadapi. Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan kemampuan diri untuk menangani kemelut hidup. Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk memupuk sifat saling memahami dan saling membantu. Kita perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bergotong-royong. Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat memupuk sikap saling memahami bahkan dapat memastikan kawasan sekeliling kita sentiasa bersih. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.07.2021 |