Maksud 'total manning' | Tidak ada istilah khusus untuk 'total manning'.Istilah bahasa melayu untuk 'manning' ialah keanggotaan.Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, manning diterjemahkan sebagai pekerja, kumpulan dan anak kapal.manning juga bermaksud menjaga.Oleh itu, mungkin terjemahannya ialah jumlah keanggotaan, jumlah pekerja dan sebagainya, bergantung pada konteks penggunaan. | Istilah | 01.04.2011 |
Saya terdengar dalam Radio Bernama 24 2-3 minggu lepas ttg penggunaan "ahli" yang merujuk kepada pakar dan bukan keanggotaan. Kalau ini betul, adakah ahli jawatankuasa atau AJK perlu dipinda kepada anggota jawatankuasa? Buku apakah yang boleh saya rujuk berkenaan perkara tersebut? Terima kasih Saba | Kata 'ahli' digunakan untuk menunjukkan mahir dalam sesuatu perkara seperti ahli muzik, ahli silap mata dan ahli fizik. Manakala bagi membawa maksud menyertai dalam sesuatu kumpulan atau bidang, lazimnya digunakan 'anggota' seperti anggota polis, anggota bulan sabit dan anggota kelab. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Kunci Bahasa Melayu oleh Awang Sariyan, 1986, Sasbadi, halaman 147. | Tatabahasa | 14.05.2010 |
Ingin merujuk penggunaan perkataan ahli dan anggota. mana lebih sesuai ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja. Keahlian Kesatuan atau keanggotaan Kesatuan. Penggunaan Perkataan Undi Sulit atau Undi Rahsia. Jabatan dalam usaha untuk menyeragamkan perkataan-perkataan di atas dalam Buku Perlembagaan Kesatuan Sekerja. Sekiranya boleh mohon untuk mendapat jawapan sebelum jam 9 pagi 28/9/2012. Jutaan Terima kasih atas kerjasama. | Dalam Kamus Dewan ahli sama dengan anggota bagi persatuan, pertubuhan dan sebagainya. Maka ahli kesatuan sekerja atau anggota kesatuan sekerja, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan sulit sama maksudnya dengan rahsia. Maka tiada kesalahan penggunaan undi sulit atau undi rahsia. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Manakah perkataan yang sesuai digunakan untuk sekolah, lencana, logo atau lambang ? Adakah istilah ini berubah mengikut situasi? Contoh - lencana sekolah pada baju, tapi lambang/ logo sekolah pada kepala surat. Secara umum mana satu? Terimakasih | Menurut Kamus Pelajar, lencana ialah tanda yang dibuat daripada logam atau kain (mempunyai reka bentuk tertentu) untuk menunjukkan keanggotaan sesuatu persatuan atau murid sesebuah sekolah. Lambang pula ialah tanda (lukisan, lencana dan lain-lain) yang digunakan untuk memperkenalkan atau untuk menyatakan sesuatu simbol atau isyarat. Contoh, Warna putih lambang kesucian. Manakala logo pula ialah lambang khas sesuatu badan, pertubuhan dan sebagainya, yang tersirat dengan maksud tertentu. Contohnya gambar daun lontar merupakan lambang Dewan Bahasa dan Pustaka yang digunakan pada kepala surat, lencana, logo, program rasmi DBP dan lain-lain. Begitu juga lambang sekolah digunakan pada lencana pelajar, kepala surat, program rasmi sekolah dan pelbagai lagi. | Tatabahasa | 30.05.2013 |