Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kearah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ejaan kearah (dirapatkan) atau ejaan ke arah (dijarakan)? Terima kasih.

Perkataan “ke arah” perlu dieja jarak kerana kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa.  Kata sendi nama “ke” juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 266.

Tatabahasa21.09.2024
Assalamualaikum. Pertanyaan saya. 1.Bagaimana ingin menyumbang karya atau penulisan kearah mana perlu dituju. 2. bagaimana Panduan penulisan yang baik 3. adakah dengan berkarya boleh menambahkan pendapatan saya. bagaimana? 4. saya bukanlah seorang mahir untuk berkarya cuma ada idea-idea kecil untuk sumbangan kearah kebaikkan.

Terima kasih atas pertanyaan Sdr.

  1. Sdr boleh menghantar karya Sdr kepada: Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan maklumat tentang diri Sdr untuk memudahkan pihak kami menghubungi Sdr semula.
  2. Sdr boleh merujuk buku-buku yang diterbitkan untuk mendapatkan maklumat panduan penulisan yang baik. Perkara ini bergantung pada bidang penulisan, peringkat pembaca, jenis penulisan dan sebagainya.
  3. Bergantung pada bahan tulisan Sdr. dari segi mutu penulisan, sasaran pembaca, persembahan dan pendekatan, dan pelbagai faktor lagi.
  4.  Mudah-mudahan Sdr berjaya.

 

Lain-lain19.04.2011
1. dayasaing 2. kearah No. 1 & 2 - adakah 1 perkataan atau 2 perkataan?Ejaan yang betul ialah daya saing dan ke arah. Puan boleh merujuk laman prpm.dbp.gov.my untuk carian ejaan dan makna.Ejaan12.03.2019
PERKATAAN TINGKAHLAKU, MATAPELAJARAN, KEARAH BERSAMBUNG ATAU BERPISAH

Ejaan yang betul ialah; 1. Tingkah laku. 2. Mata pelajaran. 3. Ke arah. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Makna13.04.2009
Assalamualaikum tuan DBP. saya ingin bertanya soalan. 1. Apabila kita mengatakan tentang akhlak perlu didasarkan dengan agama, ini bukan bermakna kita mengajak kearah subjektiviti akhlak yang sempit. Ayat yang betul : Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu didasari oleh agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda/kalian ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu berlandaskan agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda ke arah subjektiviti akhlak yang sempit.  
Tatabahasa24.11.2020
Sekadar ingin bertanya, adakah pihak DBP menyediakan peruntukan daripada segi kewangan dan sijil sekiranya ada persatuan di universiti ingin mengadakan program yg kearah untuk memartabatkan jawi.?Salam puan budiman,

program jawi

Sebarang permohonan berkaitan program jawi bolehlah dialamatkan kepada: 


Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Aras 19,
Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.


Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi:


Nama: Puan Ariza binti Che Ismail
Bahagian: Bahagian Promosi dan Pengiktirafan
Samb./No.Telefon03-21479122
E-mel: ariza@dbp.gov.my

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain14.10.2020
Tuan,Saya ingin bertanya soalan ini? Ayah menggunakan se ________________ dawai untuk membuat ampaian. jawapannya gelung atau gulung dalam kamus dewan kedua-duanya menuju kearah itu .Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul.Tatabahasa29.07.2009
Assalamamualaikum... Saya mempunyai satu soalan untuk dikemukakan kepada pihak DBP, berkenaan polisi baru pihak kerajaan dalam Sistem Pendidikan yang baru digubal beberapa waktu lalu. Pembelajaran Sains dan Matematik yang kembali diajar semula dalam Bahasa Melayu menjadi kelegaan kepada banyak pihak terutama bagi yang memang selesa dan menjiwai bahasa Malayu itu sendiri. Bagi menyediakan prasarana itu,adakah pihak DBP mempunyai projek-projek terbaru untuk merialisasikan cita-cita kerajaan untuk memanggil semula minat pelajar-pelajar yang telah pudar dalam Sains dan Matematik? Bagi pandangn saya, DBP punya peranan yang sangat besar sebesar peranan Baitul Hikmah yang wujud tatkala zaman Kerajaan Abbasiah suatu ketika dahulu, yang mana, ia menjadi perpustakaan terbesar menempatkan sumber ilmu tak mengira bidang, dan yang lebih mengujakan, kebanyakan buku tersebut adalah dalam bahasa ibunda,iaitu bahasa Arab.... Adakah pihak DBP juga dalam perancangan kearah itu, atau hanya tertumpu kepada bidang kesasteraan Melayu semata? saya warga Malaysia yang punya harapan yang sangat tinggi terhadap DBP agar ia wujud menjadi badan yang bisa meyuntik penawar kepada tahapan ilmu dan kecintaan ilmu di kalangan rakyat Malaysia yang masih dalam kategori rendah dibaningkan dengan negara-negara membangun yang lain. Sekian.

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu lebih kepada pedagogi pendidikan yang ditagani oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam hal ini DBP tetap meneruskan fungsi dan peranannya dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu yang dilaksanakan melalui pelbagai kegiatan di sektor awam dan swasta. DBP akan mengemaskinikan dan menerbitkan lebih banyak buku dan istilah yang berkaitan seperti istilah Sains, Matematik dan Teknologi. Selain itu, kegiatan penggalakan dan pengembangan bahasa Melayu akan dipertingkatkan dan diperluas.

Lain-lain16.07.2009

Kembali ke atas