Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.as.li.an] | کأصلين

Definisi : perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disang­sikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.as.li.an] | کأصلين

Definisi : keadaan asli; ketulenan: ~ surat beranak itu telah diakui oleh mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keaslian

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asalammualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah ayat ini betul? "Jika ditanya tentang keaslian lesen sesebuah syarikat kereta sewa itu pastinya sesuatu benda yang sangat umum tetapi seramai 5 orang pelajar yang telah bersetuju dengan pendapat ini manakala seramai 15 orang pelajar yang tidak bersetuju."Ayat saudara tidak gramatis, tidak jelas maksud yang hendak disampaikan. Sila bina semula ayat, subjek dan predikatnya perlulah jelas serta lengkap.Tatabahasa04.04.2013
Antara yang berikut, yang manakah betul: Pemuda itu terkial-kial ke tempat kerja kerana sudah lewat. Pemuda itu tercunggap-cunggap ke tempat kerja kerana sudah lewat. Keaslian sesuatu barangan yang ingin kita beli tidak dapat ditentukan dengan hanya sekali pandang. Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun di perlu melakukan banyak kerja rumah. Kita perlu minum tujuh gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan.Semua ayat di atas betul kecuali ayat: Buku yang tebal itu terbaca oleh Encik Hamri beberapa hari sahaja namun dia perlu merlakukan banyak kerja rumah.Tatabahasa01.10.2007
Bolehkah saya menghantar karya Puisi / novel

Terima kasih kerana menghubungi kami. Saudara boleh menghantar karya puisi atau novel kepada pihak kami. Walau bagaimanapun, keputusan menerbitkan karya saudara bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya kualiti, keaslian dan kelulusan daripada Jawatankuasa Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pihak kami akan menilai karya saudara terlebih dahulu bagi memastikan kesesuaiannya untuk diterbitkan. Saudara boleh menghubungi Ketua Editor Penerbitan Sastera DBP untuk maklumat lanjut.

Sekian.

Lain-lain16.03.2010
As-salam, Saya ada satu soalan. Apakah maksud kelestarian? Apakah perkataan yang hampir sama maksudnya bagi mengantikan penggunaan perkataan ini? Sekian, terima kasih.Kelestarian bermaksud keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal, atau keaslian.Tatabahasa24.02.2012
1)Apakah kriteria-kriteria yang dititikberatkan ketika pemilihan sesuatu karya untuk diterbitkan? 2)Bagaimanakah caranya pengkarya untuk mengetahui sesuatu karya yang dihantar telah berjaya diterbitkan? 3)Berapakah royalti bagi sesebuah puisi dan cerpen?

1 Kriteria pemilihan:

(i) Isi: Keaslian idea, ketepatan fakta, dan perkara yang ditulis tidak bertentangan dengan agama Islam, undang-undang, kesusilaan, dan kepentingan negara.

(ii) Cara Persembahan: Penyusunan idea yang logik, kemas, dan sesuai dengan sasaran (pembaca umum, ahli akademik, kanak-kanak dan remaja).

(iii) Bahasa: Penggunaan bahasa yang baik dan istilah yang tepat; ejaan dan tanda baca yang betul serta sesuai dengan sasaran.

(iv) Pasaran: Mempunyai potensi pasaran yang luas.

2 Pengurus projek akan memaklumkan kepada penulis melalui surat sama ada karya tersebut wajar diterbitkan ataupun tidak.

3. Kadar royalti untuk kumpulan puisi ataupun cerpen ialah 12%. Dewan Bahasa dan Pustaka akan membayar 50% apabila buku terbit dan 50% lagi berdasarkan jualan buku.

Lain-lain28.04.2008
ADAKAH METAFORA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS. BERIKAN CONTOHNYA. BAGAIMANAKAH PERKAITAN METAFORA DALAM KEHIDUPAN HARIAN.Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  2 perkataan. 

Jenis-jenis Metafora:

1. metafora implisit
 pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 
2. metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan
3. metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.

Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan  secara  tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan.
Sastera01.04.2012
saya berminat utk menghasilkan buku untuk kanak - kanak. bagaimana cara untuk menerbitkan buku bawah DBP? apakah prosedur yg perlu saya ikut? apakah contoh buku kanak - kanak yg terbaik yg boleh dijadikan panduan?

Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap(beserta maklumat diri) untuk penilaian pihak kami ke alamat berikut:

Ketua

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan

 Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja(PURNAMA),

Tingkat 21, Menara DBP,

 Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kula Lumpur

Pihak kami akan menghubungi anda untuk memberikan nasihat dan bimbingan sekiranya perlu. 

Tiada contoh khusus untuk buku kanak-kanak yang terbaik kerana setiap buku ada kelebihan dan kekurangan.

Sebagai panduan, aspek berikut digunakan untuk menilai mutu dan kesesuaian buku kanak-kanak:

1. Judul, tema, jalan cerita, watak, latar cerita, keaslian cerita.

2. Isi seperti unsur intelektual, emosi, hiburan, nilai murni, etika, mesej atau pengajaran.

3. Fizikal buku seperti ilustrasi, reka bentuk kulit dan halaman, saiz buku, jenis kertas.

Lain-lain10.06.2010

Kembali ke atas