Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ha.gia.an] | کبهاݢياءن

Definisi : perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.ha.gia.an] | کبهاݢياءن

Definisi : keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebahagiaan

Peribahasa

Lah tampak jalan tempat lalu,
     lupa batu akan menarung.

Bermaksud :

Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan atau tiada kesalahan?"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." Ayat ini betul.Tatabahasa08.08.2011
Adakah penggunaan slogan ini betul? "Nikmati Syukur, Kebahagiaan Berganda". Konteks adalah berkaitan acara yang akan diadakan pada bulan Ramadan akan datang. Boleh cadangkan perkataan yang betul jika slogan tersebut mempunyai kesalahanPenggunaan slogan yang betul ialah "Kesyukuran Dinikmati, Kebahagiaan Berganda".Lain-lain22.01.2025
ATRUISTIK Soalan saya: Adakah perkataan ini dalam Bahasa Melayu kerana saya mencari dalam kamus dewan tidak berjumpa.Tidak ada maklumat tentang kata atruistik dalam pangkalan data kami, yang ada ialah kata altruistik, iaitu bersikap lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang lain daripada kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri.Makna24.03.2015
I Rumah itu binasa selepas ribut kencang malam. II Kebahagiaan rumah tangganya binasa akibat daripada sikapnya yang suka berfoya-foya. III Dadah yang bersifat binasa jangan dicuba agar diri kita tidak menanggung kerugian. Iv Bajunya binasa kerana baru sahaja dicuci dengan bahan peluntur warna. Munsyi, penggunaan binasa dalam keempat-empat ayat ini , yang mana satukah yang betul? TKBinasa bermaksud habis rosak atau hancur sama sekali, atau disebut juga musnah. Dalam bentuk kiasan binasa bermaksud mengalami bencana atau keburukan seperti mendapat kesusahan besar, penyakit, dan lain-lain. Berdasarkan makna tersebut ayat I, II dan IV betul tetapi ayat I dibetulkan menjadi semalam.Tatabahasa08.04.2012
Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan 1. Semuanya bermula dari ikhlas... (Adakah penggunaan kata sendi betul dalam ayat ini?) 2. Puncak kehidupannya kelak sudah pasti menyandangkan kebahagiaan di dunia dan mendapat rahmatan al amin di akhirat. ( Adakah penggunaan perkataan menyandangkan dan rahmatan al amin betul dalam ayat ini?)1. Penggunaan kata sendi nama yang sesuai dalam ayat tersebut ialah "daripada".
2. Perkataan menyandangkan bermaksud memikulkan dan tidak sesuai dari aspek semantik ayat tersebut.
Tatabahasa21.04.2012
Adakah altruisme boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Malaysia ?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana halaman 69, perkataan "altruisme" membawa maksud 1. pandangan hidup atau amalan yang mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain lebih daripada diri sendiri; 2. fahaman yang menyarankan bahawa sesuatu itu dilakukan untuk kebaikan semua dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Oleh itu, perkataan "altruisme" boleh digunakan dalam penulisan bahasa Melayu sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan dan maksud yang dinyatakan.Tatabahasa20.08.2023
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
 
Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu".
Tatabahasa31.10.2013
Apakah maksud “dikecapi”? Saya tidak dapat mencari “mengecapi” dalam kamus.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 995, perkataan “dikecapi” merupakan kata yang dipasifkan daripada perkataan “mengecapi” yang bermaksud mengalami (kebahagiaan, kedamaian dan sebagainya) secara berterusan atau berpanjangan.

 

Contoh ayat:

 

“Pembangunan dan kemakmuran yang dikecapi oleh Malaysia sentiasa menarik pelancong asing untuk berkunjung ke sini.”

Makna04.12.2024
Please advise BM translation for Pure Joy Pure Love 1. Keriangan Kasih Sejati 2. Keceriaan Kasih Sejati 3. Keriangan Murni, Kasih Sejati 4. Keriangan Sejati Yang mana satu lebih baik. Terima Kasih.Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk frasa pure joy, pure love ialah "kebahagiaan abadi, kasih sejati". Makna02.11.2023
Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan dan memohon cadangan perkataan yang bersesuaian dengan pihak DBP? 1. Flourishing Seterusnya adalah perkataan daripada Teori Kesejahteraan iaitu EPOCH. 1. Engagement 2. Perseverance 3. Optimism 4. Connectedness 5. Happiness Terima kasih.Cadangan padanan bagi kata flourishing, engagement, perseverance, optimism, connectedness dan happiness dalam bahasa Melayu ialah berkembang, keterlibatan, ketabahan, optimistik, keterkaitan dan kebahagiaan.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2025
12

Kembali ke atas