Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ha.sa.an] | کبهاساءن

Definisi : hal dsb yg berkaitan dgn bahasa: soal-soal ~ dibincangkan dlm seminar itu; meninjau masalah-masalah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.ha.sa.an] | کبهاساءن

Definisi : hal mengenai bahasa atau yg berkaitan dgn bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebahasaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, antara "bidang bahasa" dengan "bidang kebahasaan", frasa manakah lebih tepat?

Bidang bahasa ialah bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan) yang berkaitan dengan bahasa, lapangan bahasa, jurusan bahasa. Contoh ayat: Ali melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa. Perkataan kebahasaan ialah hal yang berkaitan dengan bahasa, contohnya ayat: Soal-soal kebahasaan dibincangkan dalam seminar itu; meninjau masalah-masalah kebahasaan.

Makna06.02.2015
Selamat sejahtera tuan DBP. Saya hendak bertanya: adakah rangkai kata nama "hal penggunaan bahasa Melayu" lewah kerana "penggunaan bahasa Melayu" sudah bermaksud "hal menggunakan bahasa Melayu"? Jika demikian, "hal penggunaan bahasa Melayu" bermaksud hal hal menggunakan bahasa Melayulah (penggunaan = hal menggunakan)! Ini perlebihan (keadaan berlebihan) maksud. Tetapi, untuk rangkai kata nama seperti "situasi kebahasaan", jika ditulis sekadar "kebahasaan" sahaja, maksud "situasi" itu tidak tererti kerana "kebahasaan" bermaksud hal bahasa yang umum yang dapat diperluas kepada apa-apa makna sahaja: situasi bahasa, ciri bahasa, sifat bahasa. Bertalian dengan soal ini, WordPad yang berisi soal saya telah saya lampirkan bersama surat ini. Lamun (kendatipun) soal ini tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, saya masih berharap kepada dalil (keterangan) tuan arif untuk mengukuhkan pegangan saya. Harap saya dapat mendapat jawab yang tahkik (sah) dan meyakinkan saya daripada tuan. Terima kasih.Kami menerima pandangan tuan, frasa yang gramatis ialah "penggunaan bahasa Melayu" kerana perkataan yang terbit daripada apitan peN-...-an boleh membawa maksud perihal atau proses.Tatabahasa29.11.2016
Yang ketiga, sokongan masyarakat umum "terhadap" aktiviti kebahasaan juga banyak membantu usaha pengembangannya. adakah terhadap merupakan kata kerja?? terhadap dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ?Perkataan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap.Tatabahasa24.03.2012
Adakah pihak tuan ada brosure yang berkaitan dengan tema kebahasaan. Sekiranya ada,boleh tak pihak tuan mengemailkan kepada saya satu brosure yang lengkap. Terima kasih.Saudara boleh merujuk laman web www.dbp.gov.my dan klik pada Aktiviti Terkini atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP.Lain-lain30.09.2010
Assalamualaikum Dewan Bahasa, saya ingin bertanya bagaimanakah cara untuk menghantar makalah (esei), bercorak kebahasaan dan liinguistik untuk disiarkan ke dalam Dewan Bahasa?Tuan Qhay, kirimkan makalah tersebut melalui e-mel kepada saya, zaidi_i@dbp.gov.my . Sekiranya bersesuaian, akan disiarkan dalam terbitan bulan-bulan berikutnya.Lain-lain11.05.2012
memohan semakan untuk gegantungLaman web Khidmat Nasihat DBP ini adalah untuk pertanyaan berkenaan aspek istilah, tatabahasa, sastera dan perkara lain berkaitan kebahasaan.  Permohonan semakan gegantung boleh dibuat di laman web dbpsahbahasa.my.Lain-lain03.06.2017
apakah sumbangan dewan pustaka dan bahasa di Malaysia?Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.Lain-lain11.07.2012
Saya ingin bertanya adakah pihak DBP menyediakan khidmat pengeditan artikel untuk majalah?Untuk makluman tuan, skop perkhidmatan kami adalah untuk menangani permasalahan berkaitan dengan hal-hal kebahasaan, kesuasasteraan dan penerbitan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penyemakan dan penyuntingan teks.Tatabahasa25.02.2015
SAYA INGINKAN PENCERAHAN, APAKAH MAKSUD LAMAN WEB PRPM DARI SUDUT FUNGSINYA DALAM PENDIDIKAN? APAKAH PERANAN LAMAN WEB INI DALAM DUNIA ICT PENDIDIKAN?Laman PRPM menyediakan data kebahasaan dan kesusasteraan daripada pelbagai sumber meliputi Kamus Dewan, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, istilah dalam pelbagai bidang termasuklah istilah yang disepakati di peringkat MABBIM, ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan (suku kaum di Sabah dan Sarawak), peribahasa dan sebagainya. Kepelbagaian sumber data ini memberikan impak yang sangat besar kepada dunia pendidikan kerana sebahagian besar pelajar merujuk Kamus Dewan dan Kamus Pelajar dan kini mereka boleh menyemaknya secara dalam talian. Justeru, PRPM menjadi antara laman web kerajaan yang popular yang kerap dilayari oleh para pengguna. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan pegawai di Bahagian Sistem Maklumat, DBP, Puan Norawati melalui e-mel norawati@dbp.gov.my atau di talian 03-21479000.
Lain-lain18.04.2014
bingcangkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkembangkan Bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.   Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.   Lain-lain05.04.2008
123456

Kembali ke atas