Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ban.ji.ran] | کبنجيرن

Definisi : 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ban.ji.ran] | کبنجيرن

Definisi : 1 dilanda banjir (bkn sesuatu,kawasan, tempat dsb); 2 ki dipenuhi (barang, manusia dll): Kawasan itu sekarang ~ barang-barang buatan luar negara (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanjiran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Stadium Malawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81 000 orang dalam suatu masa. MUNSYI< JAWABAN KESALAHAN PADA KEBANJIRAN, tetapi saya berpendapat kebanjiran adalah betul , Bolehkah munsyi berikan tunjuk ajar sama ada kebanjiran betul atau salah? TKAntara maksud kebanjiran termasuklah dipenuhi oleh manusia dan penggunaan perkataan kebanjiran dalam ayat tersebut betul.Tatabahasa15.05.2012
Terima kasih, Tuan. Minta penjelasan lanjut. Kerajaan menghadapi pelbagai masalah dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai halangan dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Bincangkan. Soalan 1. Adakah penggunaan perkataan masalah, halangan dan cabaran pada 3 ayat di atas betul? 2. Adakah masalah yang ujud akan menjadi halangan dan jika tidak dapat diselesaikan ia akan menjadi cabaran? Contoh : Kerajaan menghadapi masalah kewangan dalam mengawal kebanjiran pekerja, dengan kata lain kerajaan menghadapi halangan iaitu sumber kewangan terhad. Maka, dengan sumber kewangan yang terhad, cabaran kerajaan ialah mendapatkan wang untuk mengawal kebanjiran pekerja asing 3. Bolehkah tuan kemukakan beberapa contoh situasi yang mendatangkan cabaran kepada negara atau individu supaya saya lebih jelas tentang maksud cabaran untuk dibezakan daripada halangan dan masalah. contoh 1 Apa cabaran seorang pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apa masalah yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Apakah halangan yang dihadapi oleh pendaki gunung? Jawapan faktor cuaca Faktor cuaca adalah cabaran, juga merupakan masalah, juga merupakan halangan kepada seorang pendaki. Jadi, apa bezanya?Untuk makluman tuan, huraian makna yang diberikan adalah merujuk Kamus Dewan dan Kamus Dewan tidak menghuraikan secara perinci tahap makna perkataan tersebut. Pada pandangan kami ayat yang paling tepat ialah Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran dalam mengawal kebanjiran pekerja asing ke negara ini. Kerja mengawal kebanjiran pekerja asing dianggap sebagai cabaran yang menguji kemampuan negara kita untuk menanganinya. Walau bagaimanpun tidaklah salah jika "mengawal kebanjiran pekerja asing" dianggap sebagai masalah atau halangan kepada negara kerana hal ini juga memerlukan penyelesaian (masalah) dan juga menjadi rintangan kepada negara. Hal ini demikian kerana kita boleh melihat ayat itu daripada pelbagai aspek sama ada masalah atau halangan atau cabaran. Untuk melihat contoh lain penggunaan kata cabaran, layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cabaran&d=9.Makna07.06.2012
Tuan/ Puan Apakah bezanya antara Cabaran, halangan dan masalah? Contoh soalan Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini? (Yang manakah berikut merupakan cabaran dan bukan masalah atau halangan?) i. Kekurangan kewangan ii. Rakyat negara yang terlalu memilih pekerjaan iii. Gaji rakyat tempatan yang tinggi iv. Kekurangan pegawai penguatkuasaan v. Kes Jenayah yang meningkat vi. Peningkatan pengangguran rakyat tempatan vii. aliran keluar wang negara terima kasih cikgu tanCabaran bermaksud  sesuatu unsur/faktor yang menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi, halangan bermaksud gangguan atau rintangan dan masalah bermaksud perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran. Oleh itu, penggunaan perkataan tersebut mesti disesuaikan dengan konteks ayat tersebut. Contohnya ayat Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini? Penggunaan perkataan cabaran dalam ayat ini betul kerana kebanjiran pekerja asing merupakan faktor yang menguji kemampuan Malaysia menanganinya.Tatabahasa04.06.2012
Assalamualaiku Wbrt. Tuan Sukacita pihak tuan dapat menyatakan sama ada ayat d bawah betul atau salah. Sekiranya terdapat kesalahan, harap pihak tuan dapat memberi penjelasan. 1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. 2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Terima kasih. Daripada; Izani b. Hj. Daud1) Stadium Melawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81,000 orang dalam satu-satu masa. Perkataan kebanjiran bermaksud dipenuhi oleh manusia tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2) Kita perlu meningkatkan lagi pemahaman kita tentang hal-hal yang berlandaskan ajaran agama. Ayat ini betul.
Tatabahasa18.09.2012
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012

Kembali ke atas