Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanyakannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya, perkataan payudara adakah ia satu perkataan atau dua? bergitu juga dengan dikenalpasti atau dikenal pasti dan kebanyakkannya or kebanyakannya? ThanksPayudara, dieja dengan satu perkataan, kenal pasti dieja dengan dua perkataan dan kebanyakannya dieja dengan satu k.Ejaan11.04.2007
Semua mereka yang hadir itu kebanyakannya ialah kenalan rapat Encik Lim. Munsyi, adakah semua mereka diterima sebagai ayat gramatis? terima kasih atas tunjuk ajat tuan.Frasa yang betul ialah mereka semua. Frasa mereka semua boleh digunakan kerana semua di sini menunjukkan keseluruhan (bukan bilangan), walaupun perkataan mereka sudah menunjukkan unsur jamak. Tatabahasa11.06.2012
Soalan : Saya bercadang untuk mencetak stiker promosi penjimatan elektrik yang mana kebanyakannya dalam bahasa luar. Sukacita untuk nasihat penggunaan perkataan berikut: 1. JOM JIMAT ELEKTRIK 2. TUTUP PINTU & TINGKAP KETIKA PENGHAWA DINGIN DIGUNAKAN 3. TAHUKAN ANDA? WAKTU PUNCAK: 8 PAGI - 10 MALAM 4. TAHUKAN ANDA? BERAPA BACAAN LUX DI TEMPAT ANDA BEKERJA? 5. ANDA CERMAT ANDA JIMAT 6. TENAGA CEKAP POKET SELAMAT 7. TAHUKAN ANDA? TARIF SEUNIT kWh WAKTU LUAR UNCAK ADALAH HAMPIR 40%* LEBIH MURAH BERBANDING WAKTU PUNCAK. Gambar disertakan untuk tulisan merah. Yang warna hijau telah dikomen oleh pihak TuanUntuk pengesahan iklan, sila klik http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx dan ikuti panduan yang disediakan.Lain-lain21.12.2016
Saya ingin mengemukakan aduan berkenaan ralat pada halaman PRPM DBP. Hasil carian untuk perkataan Melayu kebanyakannya sudah lenyap dan hanya menunjukkan teks, "Carian kata tiada di dalam kamus terkini." Selalunya hasil carian bagi kata itu akan muncul bersama definisi dalam bingkai kuning. Harap isu ini dapat diselesaikan. Saya lampirkan imej sebagai bukti.Terima kasih atas pemakluman. Kami akan memanjangkan masalah ini kepada bahagian yang berkenaan.Lain-lain12.08.2019
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/ Puan. Mohon berikan cadangan bagi perkataan 'double eyelid'. Sumber internet yang saya jumpa kebanyakannya menggunakan padanan kelopak mata berganda. Adakah ia benar? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi "double eyelid" ialah kelopak mata berganda. Istilah17.02.2020
Saya ingin membuat kerja kursus saya.Tajuknya adalah 'Media sosial seperti twitter dan facebook merupakan media pilihan remaja kini utk berhubung.Walaubagaimanpun ejaan yang digunakan kebanyakannya melanggar peraturan ejaan bahasa Melayu.Tulis esei (1500p.p) tentang kesan pengunaan ejaan yang salah ini terhadap masa depan bahasa melayu.' Boleh berikan saya sumber rujukan dan bibliografi utk buat esei di atas?Untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan puan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran khususnya di tempat puan belajar. Berkemungkinan tugasan ini berkaitan dengan sesuatu yang baharu dan belum banyak lagi rujukan mengenainya, namun secara umumnya puan boleh merujuk bentuk-bentuk kesalahan dalam wacana yang banyak dibentangkan dalam seminar bahasa. Tiada jalan pintas untuk berjaya, kadangkala ia bermula dengan sesuatu yang sukar.Lain-lain31.07.2014
SETAKAT MANA SURVIVAL PUISI PADA MASA KINI?Di Malaysia sehingga kini tidak ada pengarang yang menjadikan bidang penulisan puisi sebagai kerjaya sepenuh masa dan kebanyakannya menjadikannya sebagai kerja sampingan. Sehingga kini sukar untuk mengukur survival puisi dalam kehidupan.Lain-lain05.08.2007
Saya seorang penduduk Singapura yang minat dengan kesusasteraan Melayu klasik. Namun, koleksi hikayat-hikayat dan syair-syair lama yang terbesar tersimpan di Perpustakaan Kebangsaan Singapura, dan tidak boleh dipinjam. Kebanyakannya terbitan DBP. Masihkah DBP menerbit sastera Melayu klasik dan bolehkah mereka didapati di kedai-kedai buku Malaysia atau Singapura?Buku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain07.11.2015
Salam dan hai. Saya mahu terjemah satu rencana di Wikipedia. Tetapi perkataan "read into" dalam istilah pengintipan agak sukar diterjemah secara satu-satu atau sepenuhnya dengan perkataan lebih kurang sama. Dan kebanyakannya tidak sesuai dengan konteks. Jadi saya berharap ada istilah sesuai untuk majoriti tema pengintipan. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Read_intoPerkataan "read into" merupakan kata umum yang boleh diterjemah sebagai "mentafsirkan".
Perkataan ini bermaksud menganggap bahawa sesuatu mempunyai makna yang lebih daripada yang sebenar.
Lain-lain15.12.2021
berikan maksud bahasa melayu dan remaja mengikut pandangan pihak tuan serta sumber tersebut diperoleh dari mana .....Bahasa Melayu ialah bahasa yang digunakan oleh penutur yang biasanya datang daripada rumpun Melayu yang kebanyakannya terletak di Nusantara. Remaja bemaksud mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin. Sumber Kamus Melayu DBPLain-lain19.09.2006
123

Kembali ke atas