| Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu b. baju kebaya c. Pengakap d. Tunas Puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah f. pengerusi g. setiausaha h. Bahasa Malaysia (subjek) i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
| Salam sejahtera, Baju kebaya ialah baju tradisional kaum Nyonya. Adakah ayat ini betul? Adakah kesalahannya? Sekian terima kasih. | Ayat "Baju kebaya ialah baju tradisional kaum nyonya" betul. | Lain-lain | 29.11.2023 |
| 1) Kamu hendak memakai baju kurung atau baju kebaya? 2) Kamu mahu memakai baju kurung atau baju kebaya? ayat mana yang betul? minta pencerahan encik/puan. terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP | Lain-lain | 10.10.2022 |
| Tuan, Minta beri tunjuk ajar.Adakah ayat berikut betul?jika tidak,tolong betulkan . 1.Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam . 2.Kakak menenun sepasang kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. Terima kasih. | 1.Ayat "Mereka mengacau dodol dari pagi hingga malam" adalah ayat yang betul. Manakala ayat kedua pula perlu ditukar kepada "Kakak menenun kain untuk dibuat sepasang baju kebaya/ Kakak menjahit sepasang baju kebaya untuk dipakai pada hari raya nanti. | Tatabahasa | 20.02.2018 |
| salam. ayat yang betul; 1.Wanita berbaju kebaya itu ialah ibu saya. 2.Penduduk Taman Desa saling bantu-membantu. 3.Pemandangan pada waktu senja sungguh indah sekali. 4.Dalam masa satu setengah jam Ali berjaya menamatkan lariannya. Terima kasih. | Ayat yang perlu dibetulkan ialah: 2. Penduduk Taman Desa saling membantu antara satu sama lain. 4. Dalam masa satu jam setengah Ali berjaya menamatkan lariannya. | Tatabahasa | 02.11.2009 |
| Kegelapan kulit Sarimah tidak menghalangnya dipilih sebagai juara Ratu Kebaya 2010. apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kegelapan? | Saudara, Perkataan yang sesuai ialah kehitaman. | Lain-lain | 25.08.2010 |
| Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Baju kebaya yang (sedang) mahal itu adalah untuk ibunya. (b) Encik Hamid dan adiknya sekarang (jauh). (c) Rumah Norlia (jauh) daripada rumah kawan karibnya itu. (d) Hujah Ali dalam pertandingan bahas itu sungguh (padat). (e) Perasaan Jamil (padat) kerana masalah kewangan yang terpaksa ditanggungnya. (f) “Ah, (berada) sajalah kamu ini!” kata kakak. (g) Ali (berada) semasa ibu bapanya mengunjunginya. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
| ayat ini betul atau salah dan alasan... 1) data-data yang terdapat dalam dokumen itu didapati benar belaka. 2) patuhilah undang-undang demi untuk keselamatan orang ramai. 3)ibu menjahitkan kakak sehelai baju kebaya. | 1. Betul. 2. Patuhilah undang-undang demi keselamatan orang ramai. Demi sudah membawa maksud tujuan, tidak perlu lagi diikuti dengan kata untuk. 3. Betul. | Tatabahasa | 03.04.2014 |
| Samsul Fuad: nak tanya pakar jawi>> kenapa dalam konsonan Y diakhir huruf alif, perkataan ada yang perlu huruf alif dan ada yang tiada huruf alif... contoh perkataan : supaya : سوڤايا budaya : بودايا tak ada huruf alif kebaya : کباي sebaya : سباي | Mengikut Hukum Luar Darlung, apabila suku kata praakhir terbuka berbunyi [a] diikuti suku kata akhir terbuka yang juga berbunyi [a], maka huruf alif hanya digunakan untuk melambangkan huruf praakhir sahaja, seperti ejaan کباي dan سباي . Walau bagaimanapun terdapat beberapa patah perkataan yang terkecuali daripada hukum ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan perkataan lain seperti supaya dan supai, maka huruf praakhir dan akhir diwakili oleh huruf alif. Perkataan budaya tidak tertakluk pada alasan ini kerana tidak ada perkataan budai. Hal ini perlu kami rujuk kepada pakar ejaan Jawi. | Ejaan | 07.10.2018 |
| Azri Azsr JUM 11.41 PAGI Azri Azsr Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai isi telur. Apabila seseorang ingin membuat ayat penyata mengenai kandungan telur yang berwarna kuning di tengah-tengahnya, adakah ianya dinyatakan sebabgai 'kuning telur' atau 'telur kuning'? Mohon perjelasan dari pihak berwajib mengenai isu ini. | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh ayat, 1. Kakak memerlukan kuning telur untuk membuat kek 2. Adik memakai baju kebaya yang berwarna kuning telur. Jawapan yang tepat ialah Kuning Telur. | Makna | 29.09.2017 |