Keberangkatan balik atau keberangkatan pulang? | Pulang juga membawa makna yang sama dengan perkataan balik. Jadi, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan. | Makna | 19.11.2014 |
Pemergian Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang diiringi oleh YAB Menteri Besar Pahang. A Pemergian Yang Amat Mulia B Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia C Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia D Pemergian Duli Yang Teramat Mulia (munsyi, apakah jawaban yang sesuai digunakan? apakah perbezaan antara Duli Yang Teramat Mulia dengan Duli Yang Maha Mulia) TK | Gelaran bagi Raja-raja Melayu dan kaum kerabatnya ada yang sama dan ada yang berbeza aantara negeri-negeri beraja. Di negeri Pahang, baginda digelar Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang tetapi di negeri Johor digelar Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Johor. Oleh itu, hal ini perlu dirujuk dari satu negeri ke satu negeri atau puan boleh juga merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. | Lain-lain | 06.03.2013 |
apakah beza maksud pemergian dan kepergian? | Pemergian bermaksud perbuatan atau hal berpergian manakala kepergian ialah perihal pergi atau keberangkatan. | Makna | 14.08.2010 |
Penggunaan gelaran Sultan - Sultan di Malaysia Nama Plate - Sultan Johor | Daulat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan dan Yang Dipertuan negeri Selangor Darul Ehsan Segala Daerah Takluknya menjunung kasih Atas keberangkatan DYMM Tuanku ke Pavilion Aston Martin Sempena Asia Klasika 2013 pada 6 Okotber 2013 Sembah Takzim daripada Lembaga pengarah, pengurusan serta kakitangan ASTON MARTIN KUALA LUMPUR | Ejaan | 03.10.2013 |