Assalamualaikum, Yang mana betul? ke berapa, atau keberapa? Ayat contoh? Awak ni anak yg ke berapa/keberapa? Sekian, terima kasih! | Ejaan yang betul ialah ke berapa. | Ejaan | 17.01.2023 |
Saya ingin bertanya bagi perkataan 'keberapa', adakah 'ke' dicantumkan dengan 'berapa' atau dipisahkan? Contohnya, dalam ayat ini: "Johor negeri yang keberapa/ ke berapa?" | Ejaan yang betul ialah ke berapa dan perlu dieja dua patah perkataan. | Ejaan | 02.06.2022 |
Beliau merupakan Perdana Menteri keberapa di Malaysia? Ayat ini gramatis? | ​Ayat tersebut tidak gramatis kerana terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama "ke". Kata sendi nama "ke" perlu dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Ayat yang betul ialah "Beliau merupakan Perdana Menteri ke berapa di Malaysia?" atau "Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia ke berapa?". Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP 2015), halaman 266 dan 441 hingga 445. | Tatabahasa | 06.10.2024 |
Assalamualaikum, saya ingin sedikit pencerahan tentang "ke berapa" dan "keberapa". Mana satu yang lebih tepat dan mengapa ia lebih tepat? | Ejaan yang betul ialah ke berapa. | Ejaan | 03.06.2022 |
Salam sejahtera, Apakah edisi-edisi yang ada untuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) semenjak penerbitan pertama (1991)? KIMD edisi keberapa yang digunakan dalam laman web PRPM? Terima kasih. | Edisi terbaru yang digunakan dalam PRPM ialah edisi yang terbaru. | Lain-lain | 26.04.2010 |
Salam sejahtera, 1. Apakah edisi-edisi yang ada untuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD) semenjak penerbitan pertama (1991)? 2. KIMD edisi keberapa yang digunakan dalam laman web PRPM? Terima kasih. | Edisi yang digunakan dalam PRPM ialah edisi yang terbaru. | Lain-lain | 26.04.2010 |