Assalam, Apakah yang dimaksudkan dengan 'kebergunaan' pegawai atau 'kegunaan' pegawai Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan maksud "kebergunaan" dan "kegunaan" adalah seperti yang berikut: 1. KEBERGUNAAN: perihal (keadaan dsb) berguna: Kebergunaan traktor dlm. kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan; 2. KEGUNAAN: faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk. kegunaan seluruh rakyat; 2. Yg. digunakan: semua kertas kegunaannya dapat dibeli; segala alat kegunaan menebas pd. zaman itu dibuat drpd. batu; | Istilah | 11.12.2018 |
Jika dulu perkataan 'keberkesanan' sering digunakan. Kini perkataan 'keberhasilan ' pula dipopularkan. Adakah perkataan seperti 'kebersebaban', 'kebersahihan', 'kebergunaan', 'keberlebihan' dan keberimpakan boleh digunakan ? | Kata terbitan kebersebaban dan kebergunaan ada digunakan dalam kamus dan istilah DBP, keberlebihan - tidak terdapat contoh penggunaannya dalam kamus tetapi kata terbitan ini boleh dibentuk kerana ada kata kerja berlebihan, walau bagaimanapun tidak terdapat contoh penggunaan kata kebersahihan dan keberimpakan dalam sumber rujukan kami. | Tatabahasa | 17.04.2010 |
Terima kasih atas jawapan untuk soalan tempoh hari.....masih lagi istilah compelling atau menarik ini....untuk pola kebergunaan iaitu usability manakala untuk istilah kebermenarikan ......bolehkah digunakan untuk mewakili kata dasar ayat compelling ini | Tidak ada contoh penggunaan kata "kebermenarikan" dalam data kami dan pembentukan kata ini juga agak janggal. Mengambil contoh perkataan "kebergunaan", terbit daripada akar kata guna, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebermenarikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.11.2014 |
Apakah terjemahan bagi "chemical specialty"? Bolehkah saya menterjemahkannya sebagai 'kimia terkhusus'? Apakah pula terjemahan bagi "excludable" dan "excludable goods"? Adakah terjemahan berikut sesuai untuk setiap frasa berikut: utility lever : tuil penggerak nilai kebergunaan noncustomers : golongan bukan pelanggan price corridor for the mass : koridor harga untuk orang ramai strategic pricing : penentuan harga strategik target costing : penentuan kos sasaran professional lighting industry : industri pencahayaan profesional | Cadangan terjemahan bagi istilah "chemical speciality" ialah "pengkhususan dalam bidang kimia" atau "kimia khusus" bergantung pada konteks dan situasi. Cadangan terjemahan bagi "excludable" ialah "boleh kecuali" dan "excludable goods" ialah "barangan yang boleh dikecualikan". Walau bagaimanapun terjemahan ini hendaklah mengikut konteks dan situasi. Bagi soalan berikutnya, sila susun dan senaraikan dengan betul untuk memudahkan pihak kami menjawabnya. | Istilah | 11.12.2009 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin bertanya dan membuat pengesahan berkenaan terjemahan perkataan berikut; 1) perceived usefulness - persepsi kebolehgunaan 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasih | Cadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah: 1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan 2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati 3) behavioral intention - niat perlakuan | Makna | 22.10.2021 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin membuat pengesahan berkenaan perkataan berikut; 1) persepsi kebolehgunaan - perceived usefulness 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasih | Cadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah: 1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan 2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati 3) behavioral intention - niat perlakuan | Makna | 16.02.2022 |