Yang manakah betul - 'beriman dengan' atau 'beriman kepada'? Mereka akhirnya mengakui kebesaran Allah dan beriman dengan-Nya. Mereka akhirnya mengakui kebesaran Allah dan beriman kepada-Nya. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah 'Mereka mengakui kebesaran Allah dan beriman kepada-Nya'. | Tatabahasa | 05.01.2012 |
Perbezaan Dato' dan Datuk | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 04.01.2007 |
PERBEZAAN PERKATAAN DATO' DAN DATUK | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 04.04.2009 |
Perbezaan dato` , datuk dan datok | Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. | Lain-lain | 24.04.2009 |
Apakah perbezaan antara Dato' dan Datuk? | Dato' ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja, manakala Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. | Lain-lain | 08.01.2007 |
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya? | Saudara, Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207. | Tatabahasa | 03.09.2009 |
Dato’ Ahmad akan menerima bintang kebesaran yang membawa gelaran datuk. Itulah gelaran kedua selepas dia menerima gelaran dato’ tiga tahun yang lalu. Adakah ejaan datuk dan dato’ dalam ayat ini tepat? | Ejaan gelaran dalam kedua-dua ayat perlu diselaraskan kepada Dato'. Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut dapat menjelaskan bahawa pingat kebesaran yang diterima daripada negeri yang beraja. | Lain-lain | 13.01.2013 |
Assalamalaikum... Boleh ke pihak DBP menerangkan perbezaan antara Datuk dan Dato'? Begitu juga dengan penggunaan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'? terima kasih | Dato' ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh sultan negeri-negeri Melayu. Manakala Datuk ialah gelaran kebesaran yang dianugerah oleh Yang di-Pertuan Agong (kerajaan Persekutuan) dan negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan. | Makna | 21.10.2009 |
Mana satu yang betul, Dato atau Dato'? | Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan. | Tatabahasa | 28.04.2013 |
Selamat petang Mohon maklum balas, apa beza Dato dan Dato'. Sekian, terima kasih. | Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan. | Tatabahasa | 31.05.2013 |