Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebiasaan nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)apakah maksud amalan dari segi istilah dan bahasa ? 2)apakah maksud agama dari segi istilah dan bahasa?

    Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata amalan ialah sesuatu yg dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah kesatuan sekerja sahaja yg dibenarkan bergerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan.

  Manakala maksud agama ialah kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa);

Istilah25.03.2009
Ayat "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Pulau Pinang". 1. Adakah perkataan "Garis Panduan" boleh digantikan dengan "Tatacara" atau "Amalan"? 2. Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut di atas?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, garis panduan bermaksud panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsbnya.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; Maksud Tatacara pula ialah: 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~
Manakala maksud amalan pula ialah: 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsbnya) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm. sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

Berdasarkan maksud/makna perkataaan yang dinyatakan di atas, perkataan garis panduan dan tatacara boleh digunakan dalam ayat tuan tersebut. Namun begitu, perkataan yang lebih sesuai ialah garis panduan.
Lain-lain14.11.2018
adakah perkataan ironi sama dengan kesan. adakah ia membawa maksud yang baik atau tidak

Menurut Kamus Dewan Perdana (2020) ironi mempunyai dua takrifan:

1. Kejadian atau keadaan yang berlaku sebaliknya, bertentangan daripada jangkaan atau kebiasaan

Contoh ayat: Ironinya pada masa sekarang, mentaliti orang Melayu sudah bertukar kpd materialisme dan bukannya utk kebajikan akhirat.

2. Sindiran yang terselindung dalam ucapan atau kata-kata manis

Contoh ayat: Edi yakin bahawa pujian temannya itu tidak mengandungi ironi.

Manakala kesan mempunyai lima takrifan:

1. Sesuatu kebaikan atau keburukan yang timbul selepas berlakunya sesuatu kejadian

Contoh ayat: Hujan yang turun berturut-turut selama tiga hari itu menimbulkan kesan buruk pada kampung kami.

2. Tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh seseorang atau sesuatu

Contoh ayat: Polis mencari kesan yang mungkin ditinggalkan oleh pembunuh Samy.

3. Sesuatu yang mempengaruhi pemikiran, perasaan, perwatakan dan sebagainya seseorang

Contoh ayat: Menonton filem seram meninggalkan kesan takut kepada sesetengah kanak-kanak.

4. Hasil yang diperoleh daripada sesuatu

Contoh ayat: Kesan daripada kongres bahasa itu merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli bahasa di Indonesia dan Malaysia.

5. lihat mengesan

Berdasarkan takrifan-takrifan yang dinyatakan di atas, ironi dan kesan berbeza maksud dan konteks. Kedua-dua perkataan ini mempunyai fungsi dan makna tersendiri dalam bahasa.


Makna20.04.2025

Kembali ke atas