Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebiasaannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kebiasaannya, perkataan 'selain itu' dan 'oleh itu' digunakan pada permulaan ayat. Adakah ini penggunaan yang betul? Bagaimana pula dengan perkataan 'untuk' dan 'bagi'? Adakah boleh digunakan di permulaan ayat?
Perkataan "selain itu" dan "oleh itu" boleh digunakan pada permulaan ayat.

Perkataan "bagi" dan "untuk" boleh digunakan pada  permulaan ayat .
Contoh:
 1. Untuk siapakah hadiah itu?
2. Bagi kesejahteraan rakyat, dasar baharu itu dilaksanakan.
Istilah22.04.2014
kebiasaannya diftong berada di belakang sesuatu perkataan.bolehkah diftong berada di tengah atau depan sesuatu perkataan.kenapa?Diftong boleh berada di hadapan dan tengah terutamanya bagi kata pinjaman seperti oidium, audit dan tesaurus.Tatabahasa02.03.2013
Selamat sejahtera, Kebiasaannya, dalam peruturan orang zaman dahulu menggunakan panggilan 'hamba-tuan hamba'. Jadi, bolehkah jika saya memasukkan 'tuan hamba' sebagai kata ganti nama diri kedua untuk bentuk tunggal?Dan apakah penerangan yang perlu diletakkan? Terima kasih.Lazimnya tuan hamba digunakan apabila merujuk orang yang lawan bercakap seorang, jika lebih daripada seorang lazimnya disebut tuan hamba berdua dan seterusnya.Tatabahasa26.04.2013
Selamat sejahtera, Adakah perkataan 'kebiasaannya/biasanya' merupakan penanda wacana? Terima kasih.Perkataan "pada kebiasaannya" dan "biasanya" merupakan kata tugas.Tatabahasa11.11.2013
PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA MELAYUBahasa Melayu dan Bahasa Malaysia - Kedua-duanya betul, namun begitu, untuk makluman saudara,Bahasa Malaysia kebiasaannya ialah subjek dan dalam akta, kebiasaannya disebut bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan. Terima kasih keranan menggunakan khidmat nasihat bahasa DBP.Lain-lain06.12.2006
Assalamualaikum wrt. wbt., Kebiasaannya pihak kami menggunakan perkataan "Ehsan daripada ...." tetapi hari ini saya dapati ia tiada dalam senarai tesaurus DBP. Adakah hanya perkataan "Ihsan" yang betul atau kedua-duanya boleh digunakan kerana perkataan "Ehsan" juga banyak digunakan oleh agensi-agensi lain dan media. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ihsan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

Ejaan23.05.2011
Selamat malam, 1. Saya ingin mengetahui perbezaan penggunaan perkataan "baharu" dan "baru". 2. perbezaan penggunaan perkataan "ramai" dan "banyak". terima kasih.

Penggunaannya "baharu" kebiasaannya merujuk kepada sesuatu yang baru dan merupakan padanan bagi "new" dalam bahasa Inggeris. Kata "baru" pula kebiasaannya merujuk kepada masa dan merupakan padanan bagi "just" dalam bahasa Inggeris.

Kata "ramai" hanya untuk manusia sahaja manakala kata "banyak" boleh digunakan untuk manusia atau bukan manusia.

 

 

Lain-lain04.01.2011
Assalamualaikum saya ingin bertanya, kebiasaannya dalam penulisan melibatkan komputer penggunaan perkataan selain Bahasa Melayu perlu diitalikkan seperti person in charge (PIC). Tetapi akronim kepada Bahasa Inggeris tersebut PIC adakah perlu diitalikkan dalam ayat Bahasa Melayu? Begitu juga penggunaan Bahasa Arab dalam ayat Bahasa Melayu.Dalam bidang teknologi maklumat PIC merujuk kepada  Picture Image Compression (PIC). Sekiranya singkatan (PIC)  digunakan dalam bahasa Melayunya, singkatan tersebut  tidak perlu diitalikkan.Istilah12.02.2020
Salam sehati sejiwa. Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol dan Tampin. Jadi istilah yang betul Hari Mantai ke Hari Bantai? Perkataan mantai tiada dalam istilah DBP. Mohon pencerahan. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120728/re_11/Kekalkan-tradisi-Hari-MantaiSelamat pagi.

Perkataan Mantai merupakan dialek Negeri Sembilan. Walaupun perkataan tersebut dalam istilah DBP, pihak tuan/puan tidak dibenarkan menukar perkataan tersebut dengan perkataan lain. Sekian, terima kasih.
Istilah05.06.2016
Bagaimanakah untuk membina ayat dengan perkataan 'mengumum'? Kebiasaannya perkataan yang digunakan ialah 'mengumumkan'Perkataan "mengumum" tiada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kecuali "mengumun"(yang bermaksud menyimpan sebagai rahsia). Perkataan yang betul ialah "mengumumkan", "seumumnya", "keumuman","pengumuman".Tatabahasa16.06.2014
12345678910...

Kembali ke atas