| agak kebiru-biruan.(BETULKAH AYAT INI?) | kebiru-biruan ... Perkataan agak tidak perlu dimasukkan kerana kebiru-biruan bermaksud agak biru; seakan-akan biru. | Tatabahasa | 24.09.2012 |
| 1)Kata ganda separa bagi perkataan biru 2) kata ganda separa berimbuhan | 1. Tiada kata ganda separa tunggal bagi perkataan biru 2. Kebiru-biruan | Lain-lain | 22.06.2021 |
| 1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH. | 1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan. 2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina. 3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan. | Tatabahasa | 23.07.2012 |
| DBKL dalam cadangan untuk melancarkan laluan baharu Bas GOKL di Setiawangsa. Setiap laluan diberi nama berasaskan warna. Untuk laluan baharu ini, DBKL bercadangan untuk meletakkan warna 'TURQUOISE' sebagai nama laluan tersebut. Apakah padanan yang sesuai untuk 'TURQUOISE' dalam b. Melayu? Adakah 'Biru Firus'? | Definisi : Turquoise (colour) warna firus. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) Firus sj batu permata yg warnanya kebiru-biruan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Oleh itu, Biru Firus merupakan padanan yang sesuai untuk turquoise.
| Istilah | 03.09.2019 |