kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih. | Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
Bolehkah saya terjemahkan "card skimming" kepada kecurian data kad? | "Card skimming" boleh diterjemahkan kepada kecurian data kad. Namun begitu, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks ayat. | Istilah | 18.04.2020 |
Betulkah ayat di bawah ini? - Dia melaporkan tentang kecurian di rumahnya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Dia melaporkan kecurian di rumahnya | Lain-lain | 25.04.2009 |
Cadangan istilah dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu untuk 'Parts" di dalam tajuk - "Theft of Accessories and Parts" yang terdapat d dalam dokumen insurans kenderaan. Mohon nasihat DBP untuk mencadangkan istilah yang sesuai untuk "Parts" samada Komponen, Bahagian atau Alat Ganti seperti di bawah:- i) Kecurian Aksesori dan Komponen ii) Kecurian Aksesori dan Bahagian iii) Kecurian Aksesori dan Alat Ganti | Dicadangkan terjemahan bagi Theft of Accessories and Parts ialah Kecurian Aksesori dan Alat Ganti. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2018 |
Kesemua yang berikut mengandungi kata kerja pasif kecuali A Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi. B Latihan karangan kamu sudah saya semak. C Perompak bank itu kena tembak ketika sedang melarikan diri. D Lori tangki itu terlanggar lembu ketika membelok ke arah stesen minyak. | Ayat berikut bukan ayat pasif; A. Rumah Dr Hassan kecurian malam tadi.
| Tatabahasa | 17.10.2013 |
Habis barang-barang di pasar raya itu musnah dalam kecurian malam tadi. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah "Barang-barang di pasar raya itu habis dicuri pada malam tadi." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Saudara, bolehkah saudara menjelaskan kemusykilan saya tentang perkara-perkara berikut ? 1. a) Barang-barangnya kecurian malam tadi. b) Barang-barangnya dicuri malam tadi. Mana satukah yang tepat dari segi penggunaan imbuhannya ? 2. a) Hadiah itu dimenangi oleh Wei Lun. b) Hadiah itu dimenangi Wei Lun. c) Rumput-rumput itu dibasahi hujan. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan imbuhan 'di-....i' dan kata sendi nama 'oleh' bagi contoh ayat-ayat tersebut. 3. Antara 'berlepas ke' dan ' berlepas dari', adakah kedua-duanya tepat ? Keprihatinan daripada pihak saudara untuk menghuraikan permasalahan tersebut saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih ! | 1. Barang-barangnya dicuri malam tadi - ayat (imbuhan) yang betul 2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Apitan di-...-i diterangkan bahawa apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya mempelopori - dipelopori; Gerakan menuntut kemerdakaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan, mengotori - dikotori; Selepas hujan bilik darjah dikotori oleh tanah lumpur. Kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas kata kerja boleh digugurkan secara pilihan. Ketiga tiga ayat contoh yang diberi adalah betul. 3. Berlepas ke dengan berlepas dari, kedu-duanya adalah betul. Yang pertama menunjukkan tempat yang dituju (berlepas ke angkasa lepas) dan kedua menunjukkan tempat asalnya/punca (berlepas dari Terminal ...) | Tatabahasa | 25.05.2008 |
1. Incentive Award Certificates 2. threats and vulnerabilities 3. stops cargo theft in its tracks | i. Anugerah hadiah galakan. ii. Ancaman dan mudah diserang. iii. Menghalang kecurian kargo semasa penghantaran | Ejaan | 09.08.2006 |
IMBUHAN APITAN,, KE--AN,, DIKATAKAN BOLEH JADI KATA KERJA UNTUK AYAT PASIF!!!!! PERSOALANNYA IALAH BAGIMANA NAK TUKARKAN AYAT AYAT dibawa INI KEPADA AYAT AKTIF????((1)Malam tadi jiran saya kecurian(2)Sayup-sayup suara azan kedengaran (3) Badannya berpeluh kerana kepanasan (4 ) Dia kehujanan dijalan )) sila rujuk TATABAHASA DEWAN M.S(213) DALAM BAB 7 KATA KERJA ,,,,,,,,,,,,,,,,, TOLONG BERIKAN JAWAPAN LENGKAP ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, | Saudara Wan, Ayat pasif dengan perkataan berimbuhan di... boleh diaktifkan dengan kata kerja berimbuhan meN.... Walau bagaimanapun bagi ayat pasif dengan perkataan berimbuhan apitan ke...an , ayat aktifnya tidak terbentuk demikian. Dalam hal ini ayat aktifnya dibentuk dengan mengenal pasti subjek yang melakukannya. Contoh: Orang ramai mendengar suara azan sayup-sayup. | Tatabahasa | 21.06.2009 |
Mohon semak ayat ini atau boleh diringkaskan lagi untuk dipamerkan di premis PPUKM. Terima kasih. ' Sila pastikan keselamatan barang-barang milik peribadi tuan/puan sepanjang masa semasa tuan/puan berada di dalam kawasan PPUKM. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian atas barang-barang milik tuan/puan. Terima kasih. ' | Ayat yang betul seperti yang berikut: Sila pastikan barangan peribadi anda berada dalam keadaan selamat sepanjang berada di dalam kawasan PPUKM. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau kecurian barangan peribadi anda. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.04.2014 |