kelab Pencegah Jenayah belum pasti sama ada akan mengadakan (lawatan ke negeri Kedah atau negeri Perak). yang satukah betul? lawatan ke negeri Kedah atau ke negeri Perak, lawatan ke negeeri Kedah dan Perak, lawatan ke negeri Kedah atau Perak, lawatan ke negeri Kedah atau ke negeri Perak.?? | Lawatan ke negeri Kedah atau Perak. Tidak perlu pengulangan. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn … Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih. | i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan. | Tatabahasa | 21.08.2007 |
huruf 'n' yg ke-2 bg nama khas Negeri-negeri Melayu Bersekutu perlu dieja Negeri-negeri... @ Negeri-Negeri... begitu jg bg nama khas yg lain spt. Peringatan Raja-raja Kedah, Undang-undang Kedah, Negeri-negeri Selat. harap dtp bantu saya. Terima kasih. | Nama-nama khas seperti Negeri-Negeri Bersekutu, Undang-Undang Kedah, Negeri-Negeri Selat ditulis dengan huruf besar pada kata ganda yang kedua. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
Assalamualaikum. BALING dan SIK dua daerah dalam negeri Kedah yang digabungkan dalam satu pentadbiran pejabat pelajaran peringkat daerah. Oleh itu saya ingin bertanya penulisan alamat yang manakah paling tepat dan mengapa format yang lain tidak tepat atau tidak sesuai. Contoh-Contoh: 1. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING/SIK KEDAH 2. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING & SIK KEDAH 3. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING DAN SIK, KEDAH 4. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING SIK, KEDAH Terima Kasih | Penulisan alamat yang paling tepat PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING DAN SIK, KEDAH. | Tatabahasa | 27.07.2011 |
1. Saya tinggal di mukim Sik. Saya tinggal di Mukim Sik. 2. Ali tinggal di daerah Sik. Ali tinggal di Daerah Sik. 3. Saya dari negeri Kedah. Saya dari Negeri Kedah. Penggunaan nama khas manakah yang betul dan tolong berikan alasannya. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan nama khas yang betul adalah seperti yang berikut: 1. mukim Sik 2. daerah Sik 3. negeri Kedah | Lain-lain | 14.02.2011 |
Kobat Lehmann 28 JANUARY 00:32 Assalamualaikum ... nak tanya dbp ada jual buku lain Maaf .. buku online Saya nak beli silsilah tarikh kedah dan sejarah kesultanan kedah | Buku dan majalah terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian melalui http://niaga.dbp.my. Sila layari portal berkenaan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 28.01.2017 |
Yang manakah tepat? 1) tiga negeri, iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak; atau 2) tiga negeri iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak. Penggunaan koma sebelum iaitu. Terima kasih | Tanda koma boleg digunakan sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang bermula dengan "iaitu", "yakni", "misalnya" . Contoh ayat " Banjir besar berlaku di tiga negeri, iaitu Selangor, Kedah dan Sarawak." | Tatabahasa | 13.04.2018 |
Kak Za Kedah Jan 15th, 11:43am assalamualaikum tuan/puan...ni sy dpt dari fb...cuma ingin bertanya adakah perkataan GRATIS telah digazetkan sebagai percuma dalam bahasa malaysia? | Gratis ialah bahasa Indonesia, bahasa Melayu menggunakan perkataan percuma. | Istilah | 15.01.2015 |
Apakah maksud pentadbiran? saya memerlukan riwayat hidup sultan kedah... sultan abdul halim, sultan badlishah dan sultan abdul hamid... | Sdr. Pentadbiran mengikut definisi Kamus Dewan adalah ...' perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan". Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah Sultan Kedah ke 25 (1882-1943), Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah ke 27 (1943-1958) dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Syah adalah Sultan Kedah ke 28 (1958-). Biodata duli tuanku boleh dirujuk dalam Ensiklopedia Sejarah, Kebudayaan Melayu terbitan DBP. | Lain-lain | 22.08.2008 |