Apa nama kedai kecil yang menjual baju spt kedai tepi jalan atau di kaki lima? bolehkah guna GERAI BAJU | Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, Gerai Baju seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Apakah maksud perkataan butik dalam erti kata bahasa melayu | butik bermaksud kedai kecil yg biasanya menjual pakaian wanita yg terbaru fesyennya dan hiasan-hiasan badan wanita (spt rantai leher, gelang, cincin, dsb). | Makna | 11.11.2007 |
Salam, saya nak tanya..apa perkataan/istilah yang ssuai untuk gerai2 yang menjual minuman di tepi jalan seperti gerai air jambu, gerai air tebu dan sebagainya?Saya ingin membuat ayat, 'Dia sedang minum air tebu di tepi gerai ....'.Terima kasih. | Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, gerai air tebu seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Apakah perbezaan gerai dan warung? | Tiada perbezaan makna yang ketara antara gerai dan warung. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) mentakrifkan: gerai1 kata nama 1 ruangan atau kedai kecil yg ringkas, biasanya mengandungi kerusi dan meja tempat meletakkan, mempamerkan atau menjual barang, makanan, pakaian dsb: Di tepi jalan itu terdapat sederetan gerai yg menjual buah-buahan.◊gerai makan;◊gerai cenderamata; 2 tempat duduk atau tempat berbaring-baring yg dibuat drp kayu atau buluh, berbentuk spt meja rendah yg lebar, dan biasanya diletakkan di bawah pokok, di beranda dsb; 3 klasik pelamin. gerai2 kata nama 1 penggerai; kata kerja transitif 2 lihat menggerai; warung kata nama kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman: Dia mahu warung kopinya yg beratapkan rumbia dan berdindingkan anyaman buluh itu bertukar wajah menjadi bangunan drp batu konkrit. Secara umumnya, warung menyediakan ruang untuk pengunjungnya bertemu, berbual, berehat dan sebagainya, biasanya menyediakan minuman dan makanan, manakala gerai pula merupakan ruangan yang terhad dan menjual barangan tertentu dengan kuantiti yang tidak banyak. | Makna | 13.04.2023 |
Adakah papan tanda kedai termasuk dalam kategori papan iklan. Saya namakan kedai saya Kidzzlove . Ayat pada papan tanda kedai ialah. Butik Pakaian Kanak-kanak Kidzzlove. Perkataan Butik Pakaian Kanak-kanak kecil, manakala Kidzzlove lebih besar ,kerana ia adalah nama kedai. Nama kedai adalah kata nama khas. Ejaan Kidzzlove sengaja dieja begitu, sebagai daya tarikan untuk pelanggan mengingati nama kedai yang sedikit unik ejaannya.. Kemusykilan di sini, semua ayat adalah dalam Bahasa Melayu hanya nama khas kedai ialah Kidzzlove, sememangnya tidak terkandung dalam dbp bahawa ia adalah bahasa Melayu, bahkan Bahasa Inggeris pun tidak kerana kids dieja sebagai kidzz..Bagaimana tuan,adakah saya telah melakukan kesalahan dalam hal ini. terima kasih.Wassalam | Papan tanda kedai bukan iklan tetapi papan tanda premis perniagaan yang perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Dalam hal ini keterangan aktiviti ialah 'Butik Pakaian Kanak-kanak' - perlu diletakkan di bahagian atas sebelah kiri dengan teks yang paling belas dan jelas. Perkataan 'Kidzzlove' ialah nama kedai, jika telah didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat nama itu boleh digunakan. Sebaliknya jika belum didaftarkan, saudara hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang menggambarkan citra kebangsaan. Nama kedai diletakkan di bahagian tengah dan teksnya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING. | Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Lain-lain | 19.05.2011 |
Assalamualaikum, Diharap ini adalah saluran yang betul. Saya memerlukan bantuan dan pemahaman tentang perkataan "novelty" di mana makna yang saya dapat di sini adalah "pembaharuan". Mohon bantuan jika boleh untuk memberi contoh ayat supaya lebih faham kerana saya perlu menerangkan kepada umum. Sekian, terima kasih. | Megikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, Novelyy membawa maksud: n 1. quality of being novel, kebaharuan: the ~ of the first few weeks soon wore off, kebaharuan minggu-minggu yg awal mula luput; 2. st new, sst yg baru: hard work is no ~ to him, kerja keras bukan sst yg baru baginya; snow was a ~ to them, salji merupakan sst yg baru bagi mereka; 3. small, unusual ornament etc sold as a gift, hadiah kecil-kecil: a ~ shop, kedai hadiah kecil-kecil. | Makna | 29.10.2014 |
Perkataan "untuk" dan "dan" dalam ayat tajuk. 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai atau 2. Ceramah Awam Untuk Penghuni Perumahan Dan Kedai Mana yang betul. Terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai. Kata "untuk" ialah kata sendi nama dan "dan" ialah kata hubung. Oleh itu, kedua-duanya mesti ditulis bermula dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 03.05.2013 |
Kedai Pakaian Dan Kasut | dan -Kecil | Ejaan | 13.06.2011 |
Saya ingin menanyakan sama ada penggunaan perkataan "Bistro" sesuai untuk sebuah kedai makan delica di dalam hypermarket. Semakan di dalam PRPM, Bistro ditakrifkan sebagai restoran kecil. Adakah penggunaan Bistro juga dikaitkan dengan restoran yang menyediakan minuman beralkohol? | Untuk makluman, perkataan "bistro" terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat dan maksudnya ialah restoran kecil. Dari segi bahasa Melayu, pihak DBP tidak mempunyai sebarang masalah tentang penggunaan perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, puan perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui sama ada bistro boleh digunakan dalam konteks yang diterangkan. | Istilah | 07.05.2012 |