Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kedai (kata nama)
Bersinonim dengan gerai, toko, warung, bangsal, stor, wisma dagang, pasar, studio, butik, lepau;,
Kata Terbitan : berkedai, mengedaikan, pekedai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih.Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN.Lain-lain06.03.2017
Salam. saya memohon untuk signboard kedai makan. Nama kedai makan saya ialah NJ JOM LEPAQ LEPAQ. status saya tak lulus. boleh saya tahu apa kesalahan bahasa nya?Assalamualaikum. Mohon tuan/puan mengajukan soalan/ kemusykilan tuan/puan kepada pegawai yang mengendalikan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan menghubungi nombor telefon 03-2147 9108/9109/9100. Sekian. Terima kasih.Lain-lain11.05.2017
SAYA BARU NAK MENDAFTAR PAPAN TANDA KEDAI SAYA. BAGAIMANA CARA NYA? APA YG PERLU SAYA LAKUKAN.Untuk pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan sila ikuti arahan selanjutnya.Lain-lain23.07.2013
SAYA BARU MAHU MEMULAKAN PERNIAGAAN DAN INGIN MENDAFTAR ATAS NAMA "KEDAI GUNTING RAMBUT SWEEP BARBER SHOP" . SOALAN NYA BOLEHKAH PENGUNAAN BAHASA INGGERIS DAN MELAYU DIGUNAKAN SEKALISebaiknya tuan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya atau bahasa Inggeris sepenuhnya. Pilihan nama  SWEEP BARBER SHOP terserah kepada tuan yang penting diterima oleh SSM dan KEDAI GUNTING RAMBUT ialah keterangan aktiviti perniagaan yang perlu dipaparkan pada visual papan tanda premis kedai untuk mendapat pengesahan bahasa daripada pihak DBP.Lain-lain15.09.2017
Assalam Tuan/Puan. Bagaimanakah cara nya untuk saya mendapatkan pengesahan nama kedai makan saya?Waalaikumussalam....
Untuk pengesahan iklan DBP tuan boleh layari laman web ini http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx
Sekian terima kasih
Lain-lain03.11.2016
Mohd Zulkifli ToneExcel Aug 19th, 8:55am Assalamualaikum dan selamat pagi, saya mencari buku asas pengauditan oleh takiah iskandar. Bagaimana nya?Semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com Selain itu, buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain19.08.2015
slm sejahtera, saya ingin bertanya berkenaan buku rujukan yg melibatkan jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan. Bagaimana saya hendak membeli nya

Terima kasih atas soalan anda.

Saudara boleh datang ke Kedai Koperasi DBP di Menara DBP ataupun layari laman web www.koopdbp.com.my

Lain-lain27.09.2010

Kembali ke atas