Dalam ayat "peranan perlembagaan dalam mempertahankan kedaulatan negara", kata sendi yang betul adalah "dalam" atau "untuk"? | Kedua-dua kata sendi tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.11.2016 |
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan Digeruni | DBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.my | Makna | 16.01.2017 |
ingin tahu maksud patriot, patrotik,patrionisem. | Makna perkatan patriot ialah orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Patrotik tidak wujud dalam bahasa Melayu (mungkin kesalahan ejaan semasa menaip). Ejaan yang betulnya ialah patriotik yang bermakna bersifat patriot. Perkataan 'patrionisem' juga tidak wujud dalam bahasa Melayu. Berkemungkinan ejaannya salah. Ejaan yang betul ialah patriotisme yang bermaksud perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 13.09.2008 |
WANG RINGGIT MALAYSIA RM10 DISANGKA PALSU NO SIRI QN3868229 SAYA INGIN PULANG RM10 ASLI KE BANK NEGARA MALAYSIA KERANA SAYANGKAN NEGARA DEMI KEDAULATAN NEGARA ISLAM MUSLIM SELURUH SUN IS. | Sila kemukakan pertanyaan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 10.12.2015 |
Selamat sejahtera tuan, Apakah perbezaan antara nasionalisme dengan patriotik? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, patriotik membawa maksud orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala, nasionalisme membawa maksud : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam; 2. pergerakan untuk mencapai kebebasan ekonomi dan politik daripada kuasa asing, semangat kebangsaan. Mengikut pemaknaan di atas, Nasionalisme dan patriotik membawa maksud yang sama iaitu maksud pertama, perbezaannya ialah nasionalisme juga membawa makna pergerakan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. | Makna | 07.08.2014 |
Apakah yang dimaksudkan dengan patriotik? Sila jelaskan secara lebih terperinci. | Perkataan patriotik berasal daripada perkataan patriot yang bermaksud orang yg mencintai dan mempertahankan kedaulatan negaranya, pembela negara. Manakala patriotik bermaksud bersifat patriot. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.04.2009 |
Salam sejahtera DBP, adakah pihak anda akan mengemas kini pangkalan data padanan kata bagi istilah 'food safety', 'food sovereignty' dan 'food security'? Penggunaan istilah keselamatan makanan (food safety), keterjaminan makanan (food security) dan kedaulatan makanan (food sovereignty) saya kira sudah mantap kerana boleh dicari penggunanya secara meluas di Internet oleh orang awam dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Data DBP tidak membezakan food security dan food safety (yakni kedua-duanya dipadankan dengan keselamatan makanan) dan tiada entri untuk food sovereignty. | Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan". Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. Dalam data kami, terdapat istilah “food security policy" yang diterjemahkan kepada "dasar keselamatan makanan" yang digunakan dalam bidang sains politik. Manakala "food safety assessment” yang diterjemahkan kepada "Penilaian keselamatan Makanan" yang digunakan dalam bidang perubatan. Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat dan bidang. Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan pakar bidang berkenaan. Sehingga kini belum ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Tiada maklumat tentang perkataan food sovereignty dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam jawatankuasa yang berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak tuan selanjutnya. | Istilah | 19.11.2018 |
Tentukan sama ada ayat ini gramatis atau bukan. Demi memperkasa perhubungan kukuh antara negara-negara asing, pemimpin mesti mengisbatkan saban tahun pasti ada lawatan ke negara lain,sayang seribu kali sayang juga ada yang tidak berpuas hati terhadap lawatan kami turut berkata lawatan ini seerti menggadai kedaulatan negara,sepandainya kami mengkritik nama baik kerajaan.Mana yang mengancam nama baik kerajaan itu adalah orang-orang dari tanah air sendiri yang terlalu bersikap materialistik. pandai-pandai menyebarkan maklumat palsu kerana tidak bertanggungjawab hanya termakan rasuah daripada tangan-tangan yang menyapu wang banyak dinamakan kaya,bijaksana dari sudut persepsi mujtamak.Inilah dia rakyat dikenakan tipu acheh gurindam barus daripada orang-orang yang telah sanggup dikorbankan oleh mereka.Usah beri kebebasan lagi kepada jurang yang suka mengabui mata ia beri kerugian banyak kepadanya.Sebagai intiha bicara,saya ingatkan pihak lawannya jangan memperalatkan rakyat dalam perlawannya kerana kata orang prigel dan fatan berhati-hati dalam meludah ke langit,takut-takut nanti ia jatuh setepek ke muka sendiri.ingat agar tidak berpesta-pesta bermain api permusuhannya. | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula dan gunakan bahasa kebangsaan yang betul untuk menanyakan soalan. | Lain-lain | 26.05.2018 |
Bagaimanakah cara untuk membezakan sesuatu perkataan yang menerima imbuhan apitan ke...an sama ada perkataan terbitan itu kata nama, kata adjektif atau kata kerja? Saya sudah rujuk Tatabahasa Dewan tetapi masih kurang jelas untuk membezakannya. | Untuk mengenal pasti kelas kata terbitan daripada apitan ke-...-an hendaklah melihat konteks penggunaannya dalam ayat. Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkara ini diterangkan di bawah tajuk Aspek makna apitan ke-...-an (halaman 130), contohnya perkataan kedaulatan ialah kata nama sepertimana fungsinya dalam ayat Kedaulatan Raja-raja Melayu diperakui oleh Perlembagaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk juga halaman 213 (Aspek makna) untuk melihat contoh apitan ke-...-an yang berfungsi sebagai kata kerja. | Tatabahasa | 13.10.2015 |
APA PENGERTIAN DAN PERBEZAAN DIANTARA "MUTLAK" DAN "SEJATI" | Saudara, Makna perkataan mutlak : 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll); Makna perkataan sejati: asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.12.2009 |