Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.de.ra.san] | کدرسن

Definisi : 1. perihal deras, kelajuan, ke­cepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah me­nga­muk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.de.ra.san] | کدرسن

Definisi : 1 keadaan deras; kelajuan; kecepatan: ~ air sungai itu menyebabkan sampan yg dinaiki mereka terbalik. 2 kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu); kelajuan; kecepatan: Ali dpt membaca 4 halaman dlm masa 10 minit, berapa lamakah ia dpt membaca 50 halaman dgn ~ yg sama? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kederasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Saya ingin bertanya sama ada ayat ini betul atau tidak. Kanak-kanak itu hanyut dibawa arus laju. maksudnya laju di sini samkah maksudnya dengan deras. Jika ayat tersebut ditanya dalam peperiksaan bagi kata banyak makna, adakah ayat itu betul. Dalam Kamus DBP edisi keempat ms 340 kata kederasan digunapakai bagi ayat Lori itu dipandunya dengan kederasan 60km sejam. Jadi kederasan boleh diganti dengan kelajuan maka kata deras = laju. Saya ingin mendapatkan penjelasan tuan. tq

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan  gerakan air atau udara, digunakan perkataan deras. Contoh : ~ deras air sungai. Untuk maksud kederasan, diguna dalam konteks kadar pergerakan dalam dlm sesuatu jangka waktu, kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam.

 

 

Tatabahasa06.10.2010

Kembali ke atas