Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dok.to.ran] | کدوکتورن

Definisi : 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk men­jadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ penge­tahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesar­janaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dok.to.ran] | کدوکتورن

Definisi : 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedoktoran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sama ada istilah 'doktoral' boleh digunakan untuk menggambarkan ijazah di peringkat PhD atau Doktor Falsafah. Contoh ayat Universiti A menawarkan dua ijazah doktoral iaitu Doktor Falsafah dan Doktor Pentadbiran Perniagaan.Istlah yang digunakan ialah kedoktoran. Contoh:  ijazah kedoktoran.Istilah19.06.2008
Mohon semak penggunaan sebutan yang betul: 1) IJAZAH KEHORMAT DOKTOR (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) atau 2) IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN)Bentuk yang betul ialah IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN (PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN) Istilah10.05.2013
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, Mohon semakan yang mana satu betul; 1. Ijazah Doktor Kehormat; 2. Ijazah Kehormat Doktor; atau 3. Ijazah Kehormat Kedoktoran. Terima kasih. Rozani binti Mohd. NohJawapan yang betul ialah Ijazah Kehormat Kedoktoran.Tatabahasa23.04.2013
Saya seorang pelajar kedoktoran yang ingin membuat kajian tentang amalan kepimpinan instruksional. Masalah yang saya hadapi adalah banyak penulisan di Malaysia menggunakan perkataan kepimpinan pengajaran, kepimpinan kurikulum, kepimpinan akademik, dan kepimpinan instruksi. Pertanyaan saya adalah, bolehkah saya menggunakan perkataan kepimpinan instruksional bagi mewakili kesemua jenis kepimpinan yang telah dinyatakan itu dan adakah semua jenis kepimpinan itu membawa maksud yang sama. Untuk pengetahuan tuan saya akan menulis kajian saya dalam bahasa Malaysia (Melayu) dan surat tawaran biasiswa saya juga meminta saya membuat kajian tentang kepimpinan instruksional. Saya sangat berharap untuk mendapat jawapan daripada pihak tuan. Sekian terima kasih.Saudara perlu menghubungi IPTA/IPTS yang berkenaan dengan tajuk subjek kedoktoran tersebut kerana ia melibatkan konteks dan bidang yang khusus dalam kajian itu.Lain-lain31.07.2009
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum.1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah.
2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah.
3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum.
Tatabahasa27.03.2014
Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2? Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli". Assalamualaikum... Saya telah bertanya soalan di atas danpihak tuan telah memberikan jawapannya. Terima kasih dengan penjelasan jawapan. Soalan tambahan saya....jika ada pihak ingin juga memasukkan kata panggilan 'tuan', adakah panggilan itu seperti dalam pilihan 1 atau 2? Terima kasihPengejaan yang betul adalah seperti yang berikut "Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli".Ejaan06.05.2015
Saya sedang membuat penyelidikan untuk ijazah kedoktoran. Saya perlukan perkhidmatan penterjemahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dan penterjemahan kembali dar Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Sila maklumkan bayaran yang dikenakan dan masa yang diambil untuk penterjemahan. Soal silidik adalah lebih kurang tiga muka surat.Kami mencadangkan tuan berhubung terus dengan Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain11.08.2014
Salam sejahtera, Saya adalah pelajar tahun pertama ijazah kedoktoran di University of Nottingham, UK dan ingin bertanya apakah prosedur yang terlibat untuk membuat rujukan bahan arkib serta manuskrip di Dewan Bahasa dan Pustaka? Kajian saya adalah berkenaan buku teks sejarah yang telah digunakan sebelum dan selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Saya akan kembali ke Kuala Lumpur untuk membuat rujukan (fieldwork) dari bulan Jun hingga Ogos 2011. Sekian, terima kasih. Kavitha Ganesan University of Nottingham

Terima kasih Sdr Kaviganesan. Sdr boleh melayari Katalog Awam Dalam Talian (KAWAT) yang terdapat dalam Laman Web DBP dan membuat semakan judul atau subjek bahan yang diperlukan.

Sekiranya ada bahan yang boleh membantu, sdr boleh mendaftar di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Podium Menara DBP sebagai ahli Rakan Dewan.

Setelah mendaftar sdr boleh membuat rujukan bahan-bahan yang diperlukan. Kadar yuran keahlian ialah RM30 untuk setahun, RM30 untuk 2 tahun dan RM35 untuk keahlian 3 tahun. Waktu perkhidmatan ialah setiap hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari/2.45 petang - 4.45 petang).

Terima kasih kerana berhubung dengan kami.

Lain-lain20.04.2011
Assalamualaikum.... Saya nak bertanya berkaitan dengan gelaran hormat. Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2?Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli".Tatabahasa30.04.2015
Tuan, Salam Sejahtera, Saya anak Malaysia yang kini belajar di Beijing pada peringkat falsafah kedoktoran mengenai Bahasa & Linguistik. Tajuk thesis PhD saya ialah"Perbandingan struktur 'Inti-Penerang' dlm BM & BC". Soalan saya: 1 Adakah buku tatabahasa Melayu mrngenai struktur 'Inti-Penerang' dijual di DBP? 2. Bagaimanakah saya akses sumber karya Melayu kuno dan klasik di DBP? 3. Bagaimanakah saya dapatkan bantuan Munsyi bahasa DBP sekiranya saya mempunyai pertanyaan?Apakah prosedurnya? Ribuan terima kasih! Salam dari Beijing Ng Chwee Fang chweefang@yahoo.com

Kami tidak menemukan sebarang maklumat tentang terbitan atau kajian tajuk Perbandingan Struktur Inti Penerang dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin sama ada dalam sumber rujukan kami, juga melalui carian di Internet. Beberapa kertas kerja seminar pula menghasilkan kajian tatabahasa bahasa Mandarin secara am, tidak ada yang memberikan tumpuan khusus kepada tajuk Inti Penerang. Kami mencadangkan tuan menghubungi Puan Aminah Awang Besar, Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP melalui talian 03-21479676 atau e-mel aminah1@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa12.12.2015
12

Kembali ke atas