Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.du] | کدو

Definisi : ; terkedu lentik ke belakang tubuhnya (kerana sakit pinggang dll), terkedik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kedu/terkedu - dalam kamus membawa erti lentik ke belakang atau terkedik soalan : kedu/terkedu bolehkah digunakan bagi maksud terdiam atau termangu contoh : berita itu membuatkan dia terkedu.....Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan terkedu yang membawa maksud terdiam atau termangu tiada, tetapi perkataan kelu atau terkelu yang mempunyai maksud demikian. Kemungkinan perkataan terkedu tersebut merupakan slanga, bahasa percakapan dan bukan bahasa baku.Makna16.01.2009
Apakah istilah Bahasa Melayu berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk perkataan "tofu"? Adakah ia "tahu", "tauhu", ataupun kedu-duanya pun boleh digunakan?Salam sejahtera,

Tuan,

Padanan bahasa Melayu bagi tofu ialah tauhu.

Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Istilah17.09.2017
Yang manakah satu betul dan mengapakah pernyataan tersebut betul? 1. (a) Hujan turun dengan lebat.(b) Hujan turun dengan lebatnya. 2. (a) Dia menghidap penyakit kanser. (b) Dia menghidapi penyakit kanser.1. Kedu- dua ayat boleh digunakan.

2. Ayat yang pertama lebih gramatis.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk rujukan.
Tatabahasa21.08.2013
salam tuan. keliru dgn istilah 'menggelecek' atau 'mengelecek'. yg mana yg betul ejaannya. semak kamus, kedua-duanya ada makna dan hampir sama. kata dasarnya gelecek atau kelecek? terima kasih.

Encik Syamsuri,

Kedu-dua perkataan mengelecek(kelecek) dan menggelecek(gelecek) ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada makna yang hendak disampaikan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan kelecek  bermaksud : 

 (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan.

 Makna perkataan gelecek ialah :

  • (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;
  • tergelecek

    tergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.

 

 

 

Makna02.02.2010
1) Yang manakah penggunaan frasa yang betul sama ada 'pertama kali' atau 'kali pertama'. 2) Saya juga masih keliru dengan penggunaan kata dasar 'ya' dengan 'ia' yang merujuk kepada 'perbuatan bersetuju dengan pendapat seseorang' kerana dalam kamus dewan kedua-duanya boleh digunapakai. Apakah status penggunaan yang terkini dan adakah kedu-duanya masih boleh diterima dalam penulisan esei pelajar?Kedua-dua 'pertama kali' dan 'kali pertama' adalah betul dan boleh digunakan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 'ya' ialah kata pembenar, iaitu perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. 'Ia' ialah kata ganti nama diri orang ketiga.Tatabahasa16.01.2012
Apakah perbezaan makna perkataan mengiakan dan mengeyakan?Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu?.perkataan mengiakan lahir daripada kata dasar 'ia' manakala mengeyakan lahir daripada kata dasar 'ya' membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan mengakui sesuatu.Perkataan 'ya' yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan meng- akan menjadi menge- 'mengeyakan'.Oleh yang demikian kedu-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Tatabahasa03.05.2007
Adakah pihak DBP mengeluarkan edisi baru bagi buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia selepas cetakan ketiga yang berwarna ungu ( kulit buku )? Selama ini saya telah cuba mencari di kedai-kedai buku tempatan tetapi dimaklumkan tiada cetakan edisi baru.Untuk makluman saudara, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang dimaksudkan tidak lagi dicetak baru, sebaliknya DBP telah menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua yang lengkap dan memuatkan daftar kata bahasa Melayu A-Z, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Ejaan Jawi dan Sebutan Baku. Saudara boleh mendapatkan buku tersebut di kedai buku atau terus menghubungi kedai buku DBP di ibu pejabat.Lain-lain20.07.2009
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih.

1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas.

2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya.

Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.

Tatabahasa23.06.2008
Salam, Semalam emak saya ada mengunakan satu ayat iaitu "Dia telah di cabok" dan saya kurang pasti apa itu cabok. Apa yang emak saya bilang pada zaman dulu ayat cabok selalu digunakan. Apa yang diberitahu oleh emak saya, cabok ada tali ikan ekor pari yang digunakan dipenjara?. Saya kurang pasti, saya minta pihak tuan/puan boleh menjelaskan apakah ayat cabok ini seakan sebatan ? FainBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah cabok tidak ditermui, yang ada ialah cabuk yang bermaksud  1. buruk dan tidak berguna lagi: kasut yg sudah ~ dibuangnya; 2. bp rendah kedu­dukannya atau kurang dikenali (dihormati, disegani dsb): aku hanyalah seorang pegawai ~; 3. rendah nilainya atau kurang bermutu (bkn sesuatu benda): aku naik kereta ~ saja, lainlah engkau.Istilah26.10.2010
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'?

 Saudara Shevir,

1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~;

Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki);

Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini.

2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah.

Makna29.08.2009
12

Kembali ke atas