Soalan1: Kim Seng merangkul tempat _________manakala _______orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. a) kedua....kedua-dua b) pertama...dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan a salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah b. Soalan 2: Puan Maria membeli _________pasang kasut itu. a) dua b) kedua-dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan b salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah a. Terima kasih. | Kim Seng merangkul tempat pertama manakala kedua-dua orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. Merangkul bermaksud mencapai kemenangan, iaitu menjadi johan atau mendapat tempat pertama. | Tatabahasa | 11.07.2020 |
Pada awal penubuhannya, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. ATAU Di awal penubuhannya, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. Di antara kedua-dua ayat tersebut manakah yang lebih tepat | Penggunaan yang betul ialah Pada awal penubuhan, UKM dilihat sebagai universiti kelas kedua. | Tatabahasa | 12.01.2017 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, yang mana betul: Kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa. | Tatabahasa | 18.09.2017 |
salam Sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai perkataan 'Kededua' bagi menggantikan perkataan kedua-dua. contohnya 'kedua-dua ibu bapa' diganti dengan 'Kededua ibu bapa'. Adakah perkataan 'Kededua' itu sudah rasmi digunakan dalam penulisan ataupun sebaliknya? sekian terima kasih. | Tidak ada perkataan kededua dalam sumber rujukan kami, sementelahan perkataan kedua-dua telah mantap penggunaannya. | Tatabahasa | 12.03.2016 |
Tuan, Ayat berikut adalah betul atau tidak: 1. Kedua-dua ekor kucing berkejar-kejaran di taman. 2. Kedua-dua kucing berkejar-kejaran di taman. Adalah betul atau salah jika penjodoh bilangan dibubuh selepas kedua-dua? Terima kasih. | Penjodoh bilangan "ekor" boleh diletakkan selepas perkataan "Kedua-dua". | Tatabahasa | 13.10.2016 |
Yang manakah antara soalan berikut gramatis (atau kedua-dua versi boleh diterima)? 1) "Negara apakah bersempadan dengan Malaysia?" ATAU "Apakah negara yang bersempadan dengan Malaysia?" 2) "Tasik di Tanzania apakah merupakan tasik air tawar yang kedua terbesar di dunia mengikut isi padu, dan yang kedua paling dalam?" ATAU "Apakah tasik di Tanzania yang merupakan tasik air tawar yang kedua terbesar di dunia mengikut isi padu, dan yang kedua paling dalam?" Bantuan dan sokongan DBP amat dihargai ramai. Terima kasih. | Cadangan jawapan yang betul adalah seperti yang berikut: 1) "Apakah negara yang bersempadan dengan Malaysia?" 2) "Apakah tasik di Tanzania yang merupakan tasik air tawar yang kedua terbesar di dunia mengikut isi padu, dan yang kedua paling dalam?" | Tatabahasa | 28.05.2019 |
di hutan atau di dalam hutan? ataupun kedua-dua diterima? | Kedua-dua frasa di hutan dan di dalam hutan betul dan boleh digunakan Contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan" dan "Pokok balak banyak terdapat di hutan simpan. | Tatabahasa | 25.10.2017 |
Nak tanya sama ayat berikut adalah betul ataupun tidak? 1. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut adalah merupakan tempat persinggahan kapal. 2. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. 3. Fungsi kedua-dua buah sungai tersebut ialah merupakan tempat persinggahan kapal. | Ayat yang betul: 1. Fungsi kedua-dua sungai tersebut adalah untuk menjadi tempat persinggahan kapal. 2. Kedua-dua sungai tersebut merupakan tempat persinggahan kapal. | Tatabahasa | 08.04.2020 |
Assalam tuan, Mohon penjelasan tentang kesalahan ayat di bawah:- Kedua adik-beradik kembar yang telah menyelesaikan pembedahan jantung itu berada di dalam keadaan yang stabil dan selamat. | Ayat yang betul ialah kedua-dua adik-beradik kembar yang telah menjalani pembedahan jantung itu berada dalam keadaan stabil dan selamat. Kedua-dua bukan kedua, dalam bukan di dalam, dan keadaan stabil (buang kata hubung yang). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 25.08.2016 |
Hi, Saya ingin bertanyakan kedua-dua kata majmuk ini : 1) bersatu padu 2) bertungkus lumus. Adakah kedua-dua ini merupakan SIMPULAN BAHASA? Terima Kasih | Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut bukan simpulan bahasa. | Tatabahasa | 21.09.2018 |