Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dua.dua] | کدوا - دوا

Definisi : kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedua-dua

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satukah yang paling tepat, (a) Kedua-dua orang murid (b) Kedua-dua murid, (c) Kedua-dua ibu bapa (d) Kedua-dua orang ibu bapa...Sekian, terima kasih.Bentuk yang gramatis ialah "kedua-dua orang murid" dan "kedua-dua orang ibu bapa".Tatabahasa28.11.2012
kedua-dua murid @ kedua-dua orang murid BETUL ? TQFrasa 'kedua-dua orang murid' dan 'kedua-dua murid' kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa09.08.2012
1) kedua-dua anaknya berjaya ke menara gading 2)kedua-kedua orang anaknya berjaya ke menara gading 3)kedua-dua kucing itu mati 4) kedua-dua ekor kucing iu mati 5)guru besar-guru besar 6)guru-guru besar yg mana ayat yg betul?Ayat yang betul seperti yang berikut:

1) Kedua-dua orang anaknya berjaya ke menara gading.
 
2) Kedua-dua ekor kucing itu mati.

3) Guru-guru besar...
Tatabahasa09.09.2013
Tuan, boleh terangkan perbezaan antara kedua-dua ibu bapa dan kedua-dua orang ibu bapa? Saya difahamkan melalui pembacaan buku-buku yang ada di pasaran, apabila adanya kedua-dua, ketiga-tiga dan seterusnya, perlu diikuti dengan penjodoh bilangan. Contoh, ketiga-tiga orang budak lelaki atau kedua-dua buah negeri. Minta penjelasan. Terima kasih.

Puan ,

Antara kedua-dua ibu bapa dan kedua-dua orang ibu bapa, bentuk yang kedua lebih tepat dan sempurna. Dalam tatabahasa bahasa Melayu penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.   

Tatabahasa21.07.2010
kedua-dua ibu bapa, kedua-dua orang ibu bapa, atau kedua ibu bapa, yang mana betul tatabahasanya? terima kasih.Frasa yang betul ialah kedua-dua ibu bapa atau kedua-dua orang ibu bapa. Tatabahasa21.11.2011
kedua-dua orang ibu bapa atau kedua-dua ibu bapaKedua-dua ibu bapa.Tatabahasa03.05.2009
tuan, kedua-dua anak Pak Ali .. atau kedua-dua orang anak Pak Ali..? terima kasihkedua-dua anak Pak Ali...Tatabahasa24.07.2011
Kedua-dua orang ibu dan bapa atau Kedua-dua ibu dan bapaYang betul ialah, kedua-dua ibu dan bapa.Tatabahasa04.05.2010
keadaan di kedua-dua buah negara yang berempadan itu bertambah tegang dengan terbukanya laluan yang menghubungkan kedua-dua buah bandar yang menjadi rebutan itu. tuan, adakah di salah dalam ayat ini? yakni keadaan kedua-dua buah negara...Ayat ini betul, kedua-dua merujuk kelompok yang terdiri daripada dua buah negara.Tatabahasa28.07.2011
Encik, Mengapakah menurut pihak DBP, "kedua-dua ibu bapa" betul? Padahal ibu bapa sudah menunjukkan jamak. Bagamanakah pula dengan "kedua-dua suami isteri"? Adakah rangkai kata itu merujuk kepada 2 orang ataupun 4 orang. Sila berikan penjelasan? Terima kasih.Kedua-dua ibu bapa adalah betul kerana kata bilangan kedua-dua membawa maksud himpunan yang menunjukkan kelompok yang terdiri daripada dua orang. Kedua-dua orang suami isteri merujuk suami dan isteri sebagai satu pasangan.  Tatabahasa07.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas