Mana satu yang betul: 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | Ketiga-tiga ayat tersebut betul dan boleh digunakan, bergantung pada konteks penggunaannya dalam teks atau situasi tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015). | Tatabahasa | 20.02.2025 |
Keengganan beberapa orang pelajar menyertai latihan pusat bola sepak akan ____ misi pasukan sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini. A membantutkan B menjejaskan C menggagalkan D menghampakan Munsyi, apakah jawaban yang paling sesuai dalam ayat ini. TK | Keengganan beberapa orang pelajar menyertai latihan pusat bola sepak akan menjejaskan misi pasukan sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut. | Tatabahasa | 13.02.2025 |
lampiran | Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu: 1. secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan penggunaan kata pemeri ialah, 2. secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah. Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: 1. Hujan merupakan perumpamaan bagi al-Quran. 2. Bunyi petir merupakan perumpamaan bagi larangan yang ada di dalam al-Quran. 3. Sinaran kilat itu merupakan perumpamaan di dalam al-Quran. 4. Sinaran kilat itu merupakan perumpamaan bagi kebenaran yang kadang-kadang muncul untuk mereka, manakala menutup telinga kerana kerasnya bunyi petir merupakan perumpamaan bagi sikap mereka yang berpaling daripada kebenaran dan keengganan mereka menerimanya. Tidak semua ayat memerlukan penggunaan kata pemeri. Contohnya, “Pegawai kerajaan merupakan 30% daripada penyumbang utama zakat.” Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1918 menghuraikan makna bagi perkataan “merupakan”, iaitu menjadi atau bertindak sebagai. Perkataan di dalam yang digunakan dalam ayat tersebut tepat dan boleh digunakan. Pihak kami hanya menyemak aspek tatabahasa. Kami tidak menyemak dan mengesahkan fakta dalam ayat yang dinyatakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 263 hingga 265. | Tatabahasa | 23.12.2024 |