| apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk "keep track" dalam konteks "keep track of perbelanjaan". Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan bagi perkataan keep track ialah mengawasi, mengawasi perbelanjaan. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.04.2019 |
| Keep out for children | jauhkan daripada kanak-kanak | Lain-lain | 25.06.2008 |
| Apakah penterjemahan bagi ungkapan bahasa Inggeris "keep in touch!"? | Dalam data kami, terjemahan untuk keep in touch ialah mengikuti sesuatu atau saling berhubung, mengikut konteks ayat. | Istilah | 14.11.2013 |
| Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan/puan, permasalahan yang timbul adalah untuk menterjemahkan perkataan “keep”, “stowage”, “custody” dan “care”. Berikut dikemukakan teks sumber dan teks yang telah diterjemahkan untuk rujukan tuan/puan. Teks Sumber “Subject to Article VII, under every contract of carriage of goods by sea the carrier, in relation to the loading, handling, stowage, carriage, custody, care and discharge of such goods…” Teks Terjemahan “Tertakluk kepada Artikel VI, dibawah setiap kontrak pengangkutan barang melalui laut oleh pengangkut, berhubungan dengan pemuatan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, penjagaan, pengawalan dan pemunggahan barang-barang itu…” 3. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran untuk menterjemahkan perkataan “keep” dalam peruntukan berikut kerana ia juga membawa maksud “menyimpan” yang sama maksudnya dengan “stowage”. Teks Sumber “Subject to Article IV, the carrier shall properly and carefully load, handle, stow, carry, keep, care for and discharge the goods carried.” 4. Sehubungan dengan itu, apakah padanan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam terjemahan teks sumber di bawah bagi membezakan maksud perkataan teks sumber “stow” dan “keep”. | Berdasarkan soalan puan, padanan bahasa Melayu untuk "stow" ialah disimpan atau diatur muat manakala "keep" dipadankan dengan disimpan. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 25.10.2021 |
| Why does a female kanggaroo keep its young in her pouch? terjemahan yang manakah lebih sesuai 1) Mengapakah kanggaru betina membawa anak di dalam kantung? 2) Mengapakah kanggaru betina meletakkan anak di dalam kantung? | Berdasarkan ayat bahasa Inggeris tersebut, terjemahan yang boleh digunakan ialah Mengapakah kanggaru betina meletakkan anak di dalam kantung? | Penyemakan dan penterjemahan | 20.04.2019 |
| Bolehkah ayat ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu seperti ini: Can you keep cool all the way? Bolehkan anda ''kool'' sepanjang perjalanan? Bolehkah cool diterjemahkan kepada kool? Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Bolehkan anda bertenang sepanjang perjalanan? "Cool" dalam ayat tersebut bermaksud "bertenang" | Makna | 19.04.2018 |
| Salam, Saya ingin bertanya, jika ayat ini diterjemahkan kedalam bahasa melayu: - Can you keep cool all the way? - Bolehkan anda sentiasa kool sepanjang perjalanan? Bolehkah COOL diterjemakkan kepada KOOL? Terima kasih. | Tidak ada perkataan kool dalam Bahasa Melayu. Cool boleh diterjemahkan kepada sejuk, dingin dan segar mengikut konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.04.2018 |
| Salam sejahtera, Adakah "tidak" atau "bukan" lebih sesuai digunakan bagi ayat di bawah? English - not to get business, not to keep business, not to get access, not to get anything B. Melayu - tidak untuk mendapatkan perniagaan, tidak untuk menjaga perniagaan Bolehkah pihak tuan/puan terangkan penggunaan "tidak" dan "bukan" yang betul? Terima kasih atas bantuan warga DBP. | Dalam wacana bahasa Melayu, kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, seperti Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja. Untuk maklumat lanjut, srujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 263. | Tatabahasa | 02.07.2015 |
| Designed with deeper center line and tiny holes at both sides, which allow excess water to flow out in order to keep countertops dry. (Terjemah ke BM) Permukaan di tengah-tengah yang lebih dalam dan lubang kecil di hujung rak membolehkan lebihan air mengalir keluar supaya rak sentiasa kering. | Apabila membaca terjemahan ini seolah-olah ada beberapa perkataan yang tertinggal atau sebenarnya memang sengaja tidak diterjemahkan secara langsung kerana ayat ini merupakan sebahagian daripada keterangan induk. Dicadangkan terjemahan yang lebih jelas - Reka bentuk permukaan di tengah-tengah yang lebih dalam dan lubang kecil di kedua-dua bahagian hujung rak membolehkan lebihan air mengalir keluar bagi memastikan rak sentiasa kering. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.04.2014 |
| Assalamualaikum, Terjemahan sesuai bagi 1. Case/Casing telefon pintar 2. True Wireless Stereo(TWS), penerangan True wireless earbuds have no cord to keep each bud connected to each other. They rely on wireless technology such as Bluetooth to transmit audio from a hardware device. Terima kasih | Padanan bahasa Melayu bagi istilah phone case/casing ialah selongsong telefon dan padanan istilah True Wireless Stereo (TWS) ialah stereo nirwayar sepenuhnya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.12.2022 |