Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : kegagalan nya,kegagalan nya,kegagalan

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kegagalannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rais menyimpan keazaman yang padu, iaitu dia pasti akan menebus kegagalannya sebelum ini. Munsyi, adakah satu untuk kata nama konkrit, maka suatu keazaman lebih sesuai digunakan? TKPerkataan "suatu" tidak perlu ditambah sebelum "keazaman" kerana ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa11.06.2012
Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay SevenUntuk makluman, makna “menyumbang”  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg banĀ­tuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif.Makna22.12.2016

Kembali ke atas