Masa depannya kegelapan setelah terlibat dalam kes jenayah itu. (apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat ini?) | Penggunaan imbuhan ke-...-an untuk kata adjektif 'gelap' dalam ayat tersebut kurang tepat, ayat yang tepat ialah Masa depannya gelap setelah terlibat dalam kes jenayah itu. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
Kegelapan kulit Sarimah tidak menghalangnya dipilih sebagai juara Ratu Kebaya 2010. apakah kata yang sesuai untuk menggantikan kata kegelapan? | Saudara, Perkataan yang sesuai ialah kehitaman. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan tentang soalan berikut: Seluruh kawasan perumahan itu.......kerana bekalan elektrik terputus. A. bergelap B. kegelapan. Mohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan penjelasan lanjut tentang jawapan yang dianggap betul/sesuai. Terima kasih. | Seluruh kawasan perumahan itu bergelap/kegelapan kerana bekalan elektrik terputus. Bergelap bermaksud berada dalam gelap dan kegelapan bermaksud perihal gelap atau keadaan gelap. Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 04.11.2015 |
Dia datang dari / daripada dunia yang berlainan. Dia ingin keluar dari / daripada dunia yang berdosa dan penuh dengan kegelapan. kata sendi yang manakah sesuai digunakan dalam ayat-ayat di atas? terima kasih. | Dia datang daripada dunia yang berlainan. Dia ingin keluar daripada dunia yang berdosa dan penuh dengan kegelapan. Kami berpandangan kata dunia dalam konteks ayat tersebut merujuk sumber, bukan tempat yang secara fizikalnya boleh diketahui, maka kata sendi nama yang sesuai ialah daripada. | Tatabahasa | 09.04.2014 |
Perkataan kesan, keteguhan, bermakna, sampai, akhir, bertakhta, dan kegelapan golongan kata apa? | Kesan, keteguhan = kata nama bermakna, bertakhta = kata kerja sampai = kata sedi nama akhir = adjektif | Lain-lain | 08.03.2013 |