| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Rear Derailleur"? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rear derailleur" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "rear" yang padanan bahasa Melayunya ialah belakang. Padanan bahasa Melayu untuk "derail" ialah tergelincir dan "derailment" ialah kegelinciran. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan penggelincir belakang. | Istilah | 15.08.2013 |
| Saya musykil dengan bunyi huruf 'I' yang kedua di dalam perkataan 'ITIK'. Adakah bunyinya sama dengan bunyi huruf 'I' yang pertama di dalam perkataan tersebut? Begitu juga dengan bunyi huruf 'U' yang kedua di dalam perkataan 'UNTUK', adakah bunyi kedua-dua huruf 'U' sama atau sebaliknya? Apakah sesuatu huruf vokal kecuali 'E pepet' dan "E taling' hanya mewakili satu bunyi sahaja? Apakah sebutan baku masih lagi perlu dititikberatkan atau diberi kelonggaran dalam pengajaran fonologi berikutan perubahan zaman? Terima kasih. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami berusaha untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan pertanyaan saudara. Pada dasarnya mengikut sistem keselarasan vokal tiap perkataan disebut sebagaimana ejaannya . Hal yang dinyatakan ada kaitannya dengan kegelinciran ketika pperkataan tersebut dibunyikan. Jjika ada maklumat yang tepat kami akan e-mel kepada puan. | Tatabahasa | 03.01.2013 |