Kegunaan huruf besar kepada perkataan berikut betul atau salah? Guru Besar dan Hari Kanak-kanak | Ejaan yang betul ialah guru besar, Guru Besar Sekolah Menengah Gombak. Bagi ejaan kanak-kanak pula, Hari Kanak-Kanak Sedunia. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
kegunaan perkataan bacul | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)'. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 04.08.2009 |
kegunaan nya. Adakah ayat ini betul? Sementara Haziq menunggu gurunya tiba, dia membaca buku cerita. | Ayat yang dicadangkan ialah Haziq membaca buku cerita, sementara menunggu gurunya tiba. | Tatabahasa | 28.02.2008 |
apakah kegunaan perkataan dia?merujuk kepada? | Salam sejahtera, Dia merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang merujuk diri orang tertentu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 104 untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 24.12.2019 |
apakah kegunaan di dalam dan dalam | Penggunaan kata sendi nama di dalam - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. contohnya: Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 266 dan 284. | Tatabahasa | 17.05.2018 |
Untuk kegunaan majlis rasmi dan sebagai pengacara atau moderator (majlis rasmi dan televisyen), apakah satu kesalahan jika saya memanggil seseorang individu dengan gelaran Prof. Madya sebagai Profesor atau Prof. ? kerana saya dimaklumkan Prof. Madya bukanlah sesuai dipanggil Prof atau Profesor. Namun begitu, ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah, bergantung kepada pembawa gelaran tersebut. Mohon pencerahan. | Tuan/puan, Dalam urusan rasmi, penggunaan bahasa yang betul dan sopan haruslah menggunakan bahasa baku dan standard. Misalnya, penggunaan Prof. Madya perlu disebut dengan sebutan penuh, iaitu Profesor Madya dan tidak boleh disebut dengan sebutan singkatan dan apatah lagi penyalahgunaan dalam gelaran pangkat seseorang. | Lain-lain | 15.05.2018 |
beza kegunaan di dalam dan dalam | Penggunaan kata "di dalam" dan "dalam" ialah seperti yang berikut: Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 09.11.2016 |
Semakan kegunaan bahasa Malaysia dalam iklan Hoarding | Perkataan yang betul ialah Kediaman Servis. Sekiranya rumah jenis kondominium atau apartment, boleh juga diberi nama Apartment Servis atau Kondominium Servis. | Tatabahasa | 14.03.2014 |
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima | 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- utk menyatakan diri membuat sesuatu; bersibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan -an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. | Tatabahasa | 17.03.2010 |
bagaimana kegunaan simbol transilasi dari bahasa arab ke bahasa melayu | Simbol-simbol transliterasi hanya digunakan dalam buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tetapi banyak menggunakan istilah daripada bahasa Arab. Tujuannya untuk mengeja bunyi sebutan Arab dengan betul. Contoh simbol transliterasi dan panduan penggunaannya boleh dirujuk dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga m/s 142-148. | Lain-lain | 15.02.2008 |