Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ..Bilakah Perang Dunia Kedua berakhir? atau Perang Dunia Kedua berakhir bila? Di mana nak letak bila..awal atau akhir ayat?" | Kata tanya boleh hadir di hadapan dan di akhir dalam ayat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Selamat sejahtera. Adakah terdapat kesilapan bagi ayat yang bermula dengan: Yang mana satukah ialah..., terima kasih. | Bentuk yang betul ialah “ Manakah satu yang...”; atau” Yang manakah...” atau “Yang mana...”. Kata tanya hadir sebagai predikat, sekiranya dikedepankan, maka bentuk kehadirannya dalam bentuk tulisan mesti disertai partikel “–kah”. | Tatabahasa | 20.02.2014 |
Maaf, saya ingin bertanya kepada pihak DBP tentang perkataan di manakah. Adakah dimanakah dieja rapat atau dekat? Mohon penjelasan. Terima kasih DBP. | Ejaan yang betul ialah "di manakah". Perkataan “di” merupakan kata sendi nama yang menunjukkan tempat. Manakala, perkataan “mana" merupakan perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai dengan partikel -kah. Contoh dalam ayat: "Di manakah rumah awak?" atau "Rumah awak di mana?" | Tatabahasa | 28.05.2020 |
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama? | Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Makna | 16.08.2010 |
Ali A) tidak ada lagi modal / B) tidak lagi ada modal yang boleh melabur dgn membeli barangan. Mana satukah adalah sesuai? Berdasrkan pangkalan data bagi maksud "habis modal", terdapat 2 penjelasan: a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); sekiranya kedua-dua "tidak ada lagi" dan "tidak lagi ada" adalah betul, bolehkah beri penjelasan tentang penggunaannya berserta contoh? | "Lagi" ialah kata penegas atau partikel yang berfungsi untuk memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas "lagi" bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. Berdasarkan contoh yang diberikan, penggunaan lagi yang betul adalah seperti yang berikut: 1. tidak ada lagi modal 2. tidak ada modal lagi 3. tidak ada lagi bahan atau idea 4. tidak ada bahan atau idea lagi | Tatabahasa | 28.03.2014 |
Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Hari apakah mesyuarat diadakan? Hari bilakah mesyuarat diadakan? Mengapa penggunaan kata tanya berbeza anata dua perkara ini? Apakah waktu sekarang? | Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya dikedepankan kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah. Ayat tanya yang betul adalah seperti yang berikut: (i)Hari perkahwinan anda bila ? atau Bilakah hari perkahwinan anda? (ii)Mesyuarat diadakan bila? atau Bilakah mesyuarat diadakan? Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya: (i)Yang di dalam kotak itu apa? atau Apakah yang di dalam kotak itu? (ii) Baju baharu saya mana? atau manakah baju baharu saya? (iii) yang datang semalam siapa? Atau Siapakah yang datang semalam? Jelasnya, kata tanya apa memerlukan jawapan nama benda, siapa memerlukan jawapan nama orang dan mana memerlukan jawapan nama tempat. | Tatabahasa | 24.02.2014 |
As salam... 1.Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya . Adakah boleh digunakan dalam ayat biasa selain daripada ayat tanya 2.a.Dia menunjukkan bagaimana cara membuat kuih itu. b. Dia menunjukkan cara membuat kuih itu. c. Bertanya kepada pekerja bagaimana anda boleh membantunya meringankan beban kerja. d. Bertanya kepada pekerja cara anda boleh membantu meringkankan beban kerjanya. Mohon betulkan penggunaa kata tanya dalam keempat- empat ayat di atas? | 1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. 2. Ayat a dan b, betul. Untuk ayat “a” perkataan “bagaimana” tidak berfungsi sebagai kata tanya, sebaliknya bertujuan untuk menerangkan cara sesesuatu itu dilakukan atau dengan jalan apa sesuatu itu digunakan. 3. Ayat c dan d tidak betul dari segi susunannya. Ayat yang betul ialah “Dia bertanya apa yang perlu dilakukan untuk meringankan beban kerja pekerjanya.” | Tatabahasa | 13.07.2019 |
Salam sejahtera DBP, 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini? sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saya+tidak+tahu+apa&d=10 Soalan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul? Jawapan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Jenis Soalan: Tatabahasa Tarikh Soalan: 05.06.2010 terima kasih. | Untuk makluman, "bagaimana" dan "apa" ialah kata tanya. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Contohnya: 1. Kesihatannya sekarang bagaimana? 2. Bagaimankah kesihatannya sekarang? 3. Yang di dalam kotak itu apa? 4. Apakah yang di dalam kotak itu? Oleh itu, ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1.Saya tidak tahu cara membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu perkara yang sedang dilakukannya.
| Tatabahasa | 11.02.2014 |