perbezaan "Perbarisan Kehormatan" dengan "perbarisan kehormat" | Untuk makluman, kehormatan bermaksud untuk menghormati kedatangan orang besar. Manakala, kehormat pula bermaksud orang yang dihormati dalam majlis dan sebagainya. Penggunaan frasa yang tepat ialah Perbarisan Kehormatan. Sungguhpun begitu, frasa Perbarisan Kehormat juga banyak digunakan terutamanya oleh media-media masa hari ini. | Makna | 17.08.2016 |
Memberi kehormatan atau memberi penghormatan? Atau kedua-duanya sama makna? | Salam sejahtera, Tuan, Kehormatan bermaksud pemberian hormat atau pemberian kerana menghargai jasa seseorang. Penghormatan pula bermaksud perihal atau perbuatan menghormati. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Istilah | 28.02.2018 |
Saudara Pengarang, saya menghadapi masalah tentang penggunaan perkataan2 berikut: mencabuli: dan memperoleh Dalam ayat2 berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa: Orang asing itu mencabuli kehormatan gadis itu. Orangasing itu mencabul kehormatan gadis itu. Dia telah memperoleh buku itu daripada Perpustakaan. Sila beri satu contoh ayat untuk menggunakan perkataan "memperolehi" Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka berterusan. Adakah ayat di atas betul? Sekian, terima kasih. Peter Johnson | Ayat yang betul ialah i. Orang asing itu mencabul kehormatan gadis itu. ii. Dia telah memperoleh(daripada beroleh, tidak ada bentuk perolehi) buku itu daripada perpustakaan. iii. Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka secara berterusan. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
saya hendak tanya pengertian kehormatan diri dan kasih sayang menurut kamus dewan bahasa.saya harap jawapannya dapat diberikan kepada saya secepat yang mungkin.terima kasih | Kamus tidak memberi makna sesuatu frasa atau ayat, yang ada hanyalah makna untuk satu-satu perkataan, simpulan bahasa dan peribahasa.Apa yang boleh kami bantu ialah memberi makna untuk setiap perkataan dalam ayat yang diberi; kehormatan bermaksud kebesaran/kemegahan/kemuliaan, diri bermaksud empunya badan, kasih sayang bermaksud cinta kasih/belas kasihan | Makna | 23.06.2008 |
Saya Fateehah mat-adam Saya belajar bahasa dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna Keharmatan | Tiada maklumat berkaitan perkataan keharmatan dalam data kami. Walau bagaimanapun terdapat perkataan yang hampir dengan perkataan tersebut iaitu kehormatan yang bermaksud pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sebagai menghargai jasanya yang besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ Order of Merit oleh Raja Inggeris dalam tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dan lain-lainl: ~ Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat lanjut, sila layari KEHORMATAN">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=KEHORMATAN | Makna | 09.11.2015 |
Ayat manakah yang betul? Memeriksa barisan kehormat atau barisan kehormatan? | Frasa yang betul ialah "memeriksa barisan kehormat". | Tatabahasa | 22.02.2015 |
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego.... | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Apa beza bahasa dalam, bahasa halus, bahasa istana dan, bahasa bangsawan ? | Bahasa dalam ialah bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di istana dan digunakan oleh kerabat diraja/golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya, manakala bahasa bangsawan pula ialah bahasa yang digunakan bagi kelas-kelas masyarakat yang berbudi halus. | Istilah | 31.08.2009 |
definisi perkataan "kemuliaan", "kesederhanaan", "nilai", "etika" dan "tonggak" | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemualiaan bermaksud perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran. Makna kesederhanaan pula ialah perihal sederhana (sedang, pertengahan). Nilai pula bermaksud taksiran, kadar, nisbah. Etika bermakna ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, manakala makna tonggak ialah 1. kayu yang panjang dan dipasang tegak, 2. tiang rumah, 3. ukuran jauh yang bersamaa dengan 4901 kaki atau 1500 meter. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 04.09.2008 |
Soalan di bawah ialah soalan UPSR tahun 2005. 11. Murid-murid berdiri tegak sebagai _________ lagu Negaraku yang dinyanyikan. A. menghormati B. penghormatan C. penghormat D. kehormatan Jawapan manakah sebagai pilihan jawapan? Bolehkah tuan/puan berikan penerangannya? Terima kasih. | Murid-murid berdiri tegak sebagai menghormati lagu Negaraku yang dinyanyikan. Menghormati bermaksud memberikan hormat kepada ... dan dalam hal ini memberikan hormat kepada lagu Negaraku. | Tatabahasa | 24.08.2011 |