Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.i.ma.nan] | کأيمانن

Definisi : keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.i.ma.nan] | کأيمانن

Definisi : keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keimanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'hayati erti hijrah dengan penuh keimanan&ketaqwaan' atau 'hayati semangat hijrah dengan penuh keimanan& ketaqwaan' ayat manakah yang lebih gramatis?Kedua-dua ayat tersebut membawa makna yang berbeza. Erti hijrah ingin mengungkap makna, maksud, takrif hijrah itu manakala semangat hijrah pula ialah kemahuan untuk melakukan sesuatu atau perasaan hati terhadap erti hijrah tersebut. Maka, untuk memilih ayat yang lebih gramatis tidak adil kerana kedua-duanya memberi makna yang berbeza. Sekian.Lain-lain12.01.2007
hanya keimanan dapat mengikis penyakit sakit hati dalam kalangan manusia. ( mengapakah ayat ini salah dalam penggunaan penyakit? TK)Berdasarkan konteks ayat, frasa sakit hati merupakan suatu perasaan bukan penyakit hati. Ayat yang betul ialah "Hanya keimanan dapat mengikis perasaan sakit hati dalam kalangan manusia."Tatabahasa11.08.2013
1. Dia berjalan (terincut-incut , terengsot-engsot, terkesoet-kesot , terenjut-enjut) kerana tapak kakinya sakit. 2. Saya sedang (mendiamkan) kipas yang berpusing. 3. (Penguji) temu duga yang saya temui itu sangat serius. 4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan (penguji) keimanan. 5. Ken Yee sedang bergelut dengan (penguji) bagi semester akhirnya di universiti itu. Apakah kata yang sepatutnya dalam ( )? Terima kasih.1. Dia berjalan terincut-incut kerana tapak kakinya sakit.
2. Saya sedang mendiamkan kipas yang berpusing.
3. Penguji temu duga yang saya temui itu sangat serius. - lazimnya dipanggil panel temu duga
4. Kesukaran yang dikenakan kepada manusia merupakan penguji keimanan.
5. Ken Yee sedang bergelut dengan ujian bagi semester akhirnya di universiti itu.
Tatabahasa22.03.2012
assalamualaikum.. tolong berikan pengertian aqidah islamiyah dari sudut bahasa dan istillah menurut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru....

Akidah: Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini.

Islamiah: Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam.

KD4 tidak memberi makna kata majmuk Akidah Islamiah. 

Makna30.09.2009
Apakah hubung kait peranan Bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negaraBerdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ada tiga ciri utama bangsa Melayu; beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Gabungan tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh. Aspek kedua yang mesti dipertahankan ialah bahasa Melayu. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Pepatah Melayu mengatakan bahasa jiwa bangsa. Kekuatan sesuatu bahasa terletak pada keupayaannya menjadi wahana ilmu yang dilambangkan menerusi penulisan dan komunikasi pelbagai bidang ilmu. Itulah jati diri Melayu asli, tulen dan murni. Jati diri yang mesti dipertahankan, dicontohi dan diteladani yang memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air.Lain-lain19.07.2007

Kembali ke atas