Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.is.la.man] | کإسلامن

Definisi : hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keislaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan sebenar keislaman. adakah ejaan keIslaman betul?KeislamanMakna14.09.2007
salam, boleh @ tidak saya menggunakan perkataan islami dan islamis? apakah makna perkataan tersebut?Tidak ada perkataan Islami dan Islamis dalam bahasa Melayu. Perkataan Islami ialah Islam, manakala perkataan Islamis mungkin bermaksud keislaman.Istilah21.02.2012
1. Perkataan seperti anti-Islam atau anti-Barat, perlukah dimasukkan sempang di antara dua perkataan? 2. Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan ISLAMIS dalam bahasa Melayu?Anti ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan perkataan selepasnya, seperti antirusuhan. Walau bagaimanapun, apabila hadir dengan kata nama khas seperti Islam dan Amerika perlu diletak tanda sempang (-) menjadi anti-Islam dan anti-Amerika. Dalam bahasa Melayu kata Islam, hanya menerbitkan kata mengislamkan, keislaman dan pengislaman, tidak ada kata Islamis.Tatabahasa08.12.2015

Kembali ke atas