Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ja.ya.an] | کجاياءن

Definisi : perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat ~ dlm pe­lajaran barulah hal rumah tangga di­rancangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ja.ya.an] | کجاياءن

Definisi : hal berjaya; kemenangan; kemajuan: Adnan telah mencapai ~ yg gilang-gemilang dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,

Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak. (apakah kesalahan yang tuan temukan ?, buku kata menjuarai salah, tetapi saya agak susah untuk memahami)Ayat itu adalah gramatis. Menjuarai bermaksud menjadi juara dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa24.07.2011
Taniah diatas kejayaan.... ATAU Taniah di atas kejayaan... Terima KasihYang betul ialah 'Tahniah atas kejayaan ...'Tatabahasa13.06.2008
Tuan, yang manakah betul? "Kejayaan program ini begantung pada kita" atau "kejayaan program ini bergantung kepada kita"? Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah "Kejayaan program ini begantung pada kita".Tatabahasa16.01.2012
definisi amanah asas kejayaanMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat amanah antaranya bermaksud 1. sesuatu yang dipercayakan kepada sesorang 2. kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang. Asas antaranya bermaksud alas, dasar, tapak, sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Kejayaan antaranya bermaksud perihal berjaya,kemenangan,hasil. Oleh yang demikian  ungkapan amanah asas kejayaan bermaksud sesuatu kejayaan dicapai apabila sifat amanah dijdikan asas untuk mencapai kejayaan tersebut.  Makna07.03.2008
Apakah kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan?Sdr. Nieeza, kejayaan dan kegemilangan Bahasa Melayu sepanjang 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan terlalu banyak.Pandanglah sekeliling anda berapa ramai ahli korporat yang telah menempa nama sebagai ahli korporat melalui sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Jadi untuk mendapatkan maklumat yang lebih banyakkanlah membaca buku sejarah tentang pembangunan negara dan juga kejayaan yang telah dicapai oleh negara semenjak negara mencapai kemerdekaan. Hanya itulah cara yang dapat memberikan maklumat yang banyak tentang kejayaan negara dan kegemilangan bahasa Melayu sepanjang 50 tahun yang lalu .Terima kasih.Lain-lain12.09.2007
"terharu dengan kejayaan kawan saya." adakah penggunaannya betul?Sekiranya "terharu" di sini bermaksud sedih, penggunaan perkataan itu betul.Tatabahasa12.06.2012
keluarga menjadi tulang belakang kejayaan seorang anak. tanpa sokongan dan dorongan keluarga, tentu sukar untuk menikmati kejayaan tersebut. berikan pendapat anda tentang dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan.
 Kecemerlangan dalam mendidik anak-anakMohd. Fadzilah KamsahDewan Budaya01/08/1994
Lain-lain22.03.2008
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaikPaling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih.Lain-lain21.11.2006
sejauh mana kejayaan 3m setakat ini dan apa perbezaan bahasa melayu dengan bahasa malaysia

Tidak ada maklumat tentang status kejayaan kemahiran asas 3M dalam pangkalan data kami. Sila rujuk kepada sumber yang sahih (Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Kedua-duanya betul dan merujuk perkara yang sama. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia boleh digunakan di samping istilah bahasa Melayu.

Lain-lain03.07.2011
Assalamualaikum tuan di talian, Yang manakah betul bagi penggunaan kata sendi nama tentang dalam ayat contoh di bawah. 1. Berita tentang kejayaan abang dalam peperiksaan UPSR menjadi buah mulut penduduk kampung. atau 2. Berita kejayaan abang dalam peperiksaan UPSR menjadi buah mulut penduduk kampung. Sekian, terima kasih.Ayat kedua Berita kejayaan abang dalam peperiksaan UPSR menjadi buah mulut penduduk kampung yang gramatis.Tatabahasa07.06.2012
12345678

Kembali ke atas