Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.je.las.an] | کجلسن

Definisi : perihal (sifat, keadaan) jelas, nyatanya, terangnya: ~ imej pd keseluruhan skrin; ~ objektif utk belajar; ~ amat penting bagi borang dan penerangan yg disertakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.je.las.an] | کجلسن

Definisi : keadaan jelas: ~ makna adalah penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya inginkan kejelasan makna untuk "persepsi dan kesediaan bakal guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran fizik"

Kata persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran , pandangan ,tanggapan. Oleh yang demikain ayat tersebut bermaksud pandangan dan kesediaan(persiapan) seseorang guru untuk menghadapi tugas mengajar mata pelajaran fizik berbantukan komputer.  

Makna27.01.2008
apakah bezanya di antara perkataan "kenyataan", "penyataan" dan "pernyataan"? Sekiranya saya ingin menterjemah perkataan bahasa Inggeris "statement". istilah bahasa Melayu manakah yang paling tepat untuk digunakan?Kenyataan bermaksud perihal nyata, kejelasan atau keterangan, penyataan bermaksud perbuatan menyatakan, dan pernyataan bermaksud kata-kata dan sebagainya yang menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman dan pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara. Ketiga-tiga perkataan ini diterjemhkan kepada bahasa Inggeris sebagai statement, oleh itu bahasa Melayu telah memberi penafsiran yang lebih banyak dan digunakan mengikut kesesuaian konteks penggunaannya.Makna16.11.2009

Kembali ke atas