Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.bu.ran] | ککابورن

Definisi : perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.bu.ran] | ککابورن

Definisi : keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekaburan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud kekaburan identitiDalam data rujukan kami, tiada maksud khusus bagi kekaburan identiti. Walau bagaimanapun, dalam Kamus Dewan Edisi Empat, kekaburan bermaksud perihal atau keadaan kabur. Manakala identiti bermaksud 1 aspek-aspek tertentu (tingkah laku, cara berpakaian dsb) yang dapat menunjukkan sifat diri seseorang; keperibadian: Penyanyi biasanya mempunyai ~ yang tersendiri. 2 adat resam, kesenian dsb yang dapat melambangkan sekumpulan masyarakat (negara dll): Sikap yang lemah lembut dan peramah telah menjadi ~ masyarakat Malaysia.Makna12.12.2013
Apakah maksud bagi perkataan 'ketaksaan'?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna ketaksaan ialah perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui sesuatu makna sila rujuk Kamus Dewan.Makna14.09.2008
apakah maksud lucifer?Untuk makluman, perkataan "lucifer" tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, setelah merujuk Internet, kami dapati perkataan ini mempunyai pelbagai makna seperti ketaksaan, kekaburan, ketidakpastian dan lain-lain lagi. Sila rujuk Internet untuk mendapat pelbagai maksud perkataan tersebut.Makna23.02.2013

Kembali ke atas