Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ka.cang] | ککاچڠ

Definisi : famili tumbuhan yg bijinya ter­kandung dlm lenggai, legum; ~ makanan ternak kekacang yg dijadikan makanan bina­tang ternak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.cang] | ککاچڠ

Definisi : sj ikan laut, kacang-kacang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ka.cang] | ککاچڠ

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan (kacang dll) yg biji buahnya terkandung di dlm kulit yg bersekat-sekat atau lenggai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ka.cang] | ککاچڠ

Definisi : ; ikan ~ nama sj ikan laut, Sphyraena spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekacang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah padanan "tree nut" dengan "kacang pokok" adalah betul?Padanan yang betul ialah pokok kekacang atau jenis kekacang, bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya dalam ayat.  Makna28.05.2021
Apakah padanan bagi "legumes" or "pulses". Melalui semakan kami, kedua-duanya boleh membawa maksud "kekacang". Walau bagaimanapun kami ingin menggunakan padanan yang berbeza iaitu "legume" dipadankan dengan "legum" dan "pulses" dipadankan dengan "kekacang".Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

legume - legum/kekacang
pulses - kekacang

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain23.07.2021
apakah maksud "liquorice"'Liquorice' dalam bahasa Melayu dieja 'likuoris' merupakan bahan berwarna hitam yang diperoleh daripada akar sejenis tumbuhan kekacang, digunakan dalam ubat dan untuk membuat gula-gula. Untuk maklumat sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=likuorisMakna10.01.2013
Salam sejahtera, apakah padanan kata bagi "bean bag"?Pihak kami mencadangkan padanan kata dalam bahasa Melayu bagi "bean bag" ialah beg kekacang.Makna22.10.2019
Salam sejahtera. Apakah terjemahan bagi perkataan "beanbag" yang merupakan tempat duduk empuk yang seperti guni dan berbiji-biji di dalamnya? Terima kasihUntuk maklum, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk beanbag. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data DBP, terdapat istilah bean-bag dental chair yang padanan bahasa Melayunya ialah kerusi pergigian beg kekacang. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kerusi beg kekacang atau tempat duduk beg kekacang.Istilah12.10.2012

Kembali ke atas