Apakah padanan bagi "legumes" or "pulses". Melalui semakan kami, kedua-duanya boleh membawa maksud "kekacang". Walau bagaimanapun kami ingin menggunakan padanan yang berbeza iaitu "legume" dipadankan dengan "legum" dan "pulses" dipadankan dengan "kekacang". | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: legume - legum/kekacang pulses - kekacang Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 23.07.2021 |
Adakah padanan "tree nut" dengan "kacang pokok" adalah betul? | Padanan yang betul ialah pokok kekacang atau jenis kekacang, bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya dalam ayat. | Makna | 28.05.2021 |
apakah maksud "liquorice" | 'Liquorice' dalam bahasa Melayu dieja 'likuoris' merupakan bahan berwarna hitam yang diperoleh daripada akar sejenis tumbuhan kekacang, digunakan dalam ubat dan untuk membuat gula-gula. Untuk maklumat sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=likuoris | Makna | 10.01.2013 |
Salam sejahtera, apakah padanan kata bagi "bean bag"? | Pihak kami mencadangkan padanan kata dalam bahasa Melayu bagi "bean bag" ialah beg kekacang. | Makna | 22.10.2019 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan bagi perkataan "beanbag" yang merupakan tempat duduk empuk yang seperti guni dan berbiji-biji di dalamnya? Terima kasih | Untuk maklum, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk beanbag. Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data DBP, terdapat istilah bean-bag dental chair yang padanan bahasa Melayunya ialah kerusi pergigian beg kekacang. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah kerusi beg kekacang atau tempat duduk beg kekacang. | Istilah | 12.10.2012 |