salam... Tuan/Puan, Soalan pertama: saya ingin mendapatkan maksud kepada perkataan Generasi Y. Soalan kedua: Berikut adalah salah satu tajuk seminar kami, adakah penggunaannya bahasanya betul?..."Kekal Kreatif Kekal Inovatif : Generasi Y". Soalan ketiga: Bolehkah kami mendapatkan beberapa tajuk seminar yang melibatkan "Generasi Y'. Sekian, terima kasih. Nurul (LIC, MPC) | Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Tajuk sesuai ialah "Generasi Y: Kekal Kreatif, Kekal Inovatif" atau "Generasi Y: Kreatif dan Inovatif". Belum ada lagi tajuk dan rujukan seminar tentang Generasi Y dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 06.04.2011 |
maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' . | Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas. | Makna | 10.05.2007 |
lestari | kekal, tetap | Lain-lain | 24.11.2008 |
kekal merdeka dalam/pada abad ke-19? | Kekal merdeka pada abad ke-19. | Tatabahasa | 22.10.2014 |
apa itu pembangunan lestari? | Lestari bermaksud kekal atau tidak berubah-ubah. Oleh itu pembangunan lestari bermaksud pembangunan kekal. | Makna | 11.06.2012 |
apakah maksud tradisi masyarakat mengikut kamus dewan bahasa | Tradisi bermaksud sesuatu kebiasan(adat, kepercayaan, dll.) yang kekal turun-temurun. Masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama. Oleh itu tradisi masyarakat bermaksud sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun dalam masyarakat(sekumpulan manusia). | Makna | 26.03.2008 |
Boleh minta nasihat tentang keraguan di bawah? Yang mana betul - seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri? Terima kasih | Pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri | Tatabahasa | 05.04.2020 |
Apakah perbezaan antara cenderamata dan cenderahati? Mengikut PRPM, takrif cenderahati adalah sama dengan cenderamata. Namun kursus yang saya pernah hadiri menyatakan cenderamata adalah benda yang kekal seperti plaque manakala cenderahati adalah benda yang boleh digunakan dan tidak kekal seperti buah-buahan. | Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan tanpa dibezakan jenis atau spesifikasi pemberian tersebut. Penggunaan yang telah lama mantap ialah cenderamata, namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. | Tatabahasa | 07.02.2014 |
Assalamualaikum tuan/ puan, Mohon bertanya, bagaimanakah cara ataupun adakah apa-apa tip, bagi mengenal pasti sama ada konsonan pada satu-satu perkataan itu akan 'tenggelam' ataupun 'kekal wujud' apabila ditambahkan imbuhan di hadapannya. Contoh: 1. cinta = mencintai (huruf 'c' kekal wujud) 2. kagum = mengagumi (huruf 'k' tenggelam) Terima kasih. | Perkataan yang bermula dengan huruf p,t,k dan s akan mengalami pengguguran huruf pertama apabila menerima imbuhan peN- dan meN- seperti pinjam - peminjam, meminjam; tarik - penarik, menarik; korek - pengorek, mengorek; dan sapu - penyapu, menyapu. Perkataan yang bermula dengan huruf c tidak terikat dengan rumus yang tersebut, contohnya cinta - mencintai dan pencinta. | Tatabahasa | 27.02.2014 |
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih. | pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.
mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan. | Tatabahasa | 08.04.2011 |