Apakah nama yg betul utk menamakan kekananan jawatan spt ini? : Penolong Pendaftar Kanan atau Penolong Kanan Pendaftar. Terima kasih. | Nama yang betul untuk kekananan jawatan seperti contoh yang disertakan ialah Penolong Pendaftar Kanan. | Istilah | 08.04.2009 |
SALAM, SAYA INGIN MENDAPAT KHIDMAT NASIHAT BERKAITAN DENGAN SUSUN ATUR SENARAI S.K. (SALINAN KEPADA)..SIAPAKAH YANG PERLU DIDAHULUKAN? ADAKAH PERLU MENGIKUT SENIORITY ATAUPUN PERLU MENDAHULUKAN SENARAI DALAMAN DAHULU? TERIMA KASIH | Saudara, Dalam menulis salinan kepada, penerima disusun mengikut kekananan dan diikuti dengan nama penerima dalaman juga disenaraikan mengikut kekananan. | Lain-lain | 14.06.2010 |
salam, saya ingin bertanya 1. tentang penggunaan Yang Berbahagia dan Yang Berusaha, jika ketua jabatan saya berstatus Prof Madya Dr. mana yang lebih sesuai? sebelum ini Yang Berbahagia hanya untuk individu yang mendapat gelaran tan sri/dato/datuk. 2. bahaimana dengan Yang Dihormati dan Yang disegani,Yang Setia, Yang Dikasihi, mcm mana dengan susunan kekananan? | Jika tidak mempunyai sebarang gelaran Prof. Madya disapa sebagai tuan kecuali apabila beliau berperanan sebagai pengerusi atau ketua sesuatu majlis bolehlah disapa sebagai Yang Berusaha. Tidak ada maklumat tentang kekananan sapaan yang tuan berikan melainkan disusun mengikut kekananan fungsi jawatan, contohnya Yang Berusaha Pengerusi Seminar ..., Encik Ahmad bin Ali, Setiausaha Seminar dan Encik Abu bin Kassim, Bendahari Seminar . | Tatabahasa | 02.11.2012 |
Apakah yang ditakrifkan dengan ucapan? Nyatakan ciri - ciri ucapan yang baik? Jelaskan prosedur yang perlu dipatui dalam ucapan? Huraikan jenis - jenis ucapan dan format ucapan? Sediakan satu teks ucapan khalayak. | Ucapan ialah kata-kata yang diucapkan bergantung kepada acara tertentu, misalnya mesyuarat, perasmian, kempen, dan amanat. Ciri-ciri ucapan yang baik ialah ada kesatuan idea : pengenalan, isi dan penutup. Sapaan dalam pembukaan hendaklah mengikut keutamaan atau kekananan. Isi disusun mengikut urutan dan koheran. Di bahagian penutup hendaklah diulang idea utama. Sila rujuk buku-buku yang menjelaskan lebih lanjut tentang penyediaan teks ucapan. | Makna | 01.04.2007 |