Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekanda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, Apkah perbezaan antara KAKANDA dengan KEKANDA? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah kakanda atau singkatannya kanda, iaitu panggilan yang lazimnya digunakan dalam bahasa istana atau juga digunakan kini sebagai bahasa panggilan dalam surat-menyurat.Tatabahasa17.10.2011
Salam. Yang manakah masih lagi dipakai di antara perkataan "kakanda" dan "kekanda"? saya lihat di dalam kamus Daftar Kata Bahasa Melayu terbitan DBP, kedua-dua perkataan di atas ada. Manakala di dalam kamus Dewan Bahasa hanya perkataan "kakanda" sahaja yang ada. SekianEjaan yang tepat ialah kakanda seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4. Terima kasih.Ejaan25.06.2008
______, bilakah aku akan sembuh daripada penyakit ini ! a. dari b.oleh c.cis d.aduhai Kami hadapi masalah dengan soalan ini. Tolong balas segeraKata seru yang tepat untuk ayat ini ialah aduhai.  Kata aduhai adalah utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai beginilah nasib adinda.Tatabahasa01.06.2010
Salam sejahtera tuan. Soalan saya berdasarkan konteks ayat ini "saya hendak ke pasar malam, awak hendak ikut?". Kata ganti nama "saya" dan awak" sesuai digunakan untuk rakyat biasa, sebagai contoh antara suami dengan isteri. Soalan saya " Bagaimanakah pula jika yang bercakap adalah antara "Sultan" dengan "permaisuri" atau sebaliknya? Terima kasih.Kata ganti nama saya dan awak lazimnya digunakan dalam kalangan yang sama taraf seperti sesama rakan. Manakala dalam laras bahasa istana, lazimnya ganti nama diri yang digunakan ialah kekanda bagi sultan dan adinda bagi isteri.Tatabahasa09.05.2017
Apakah KGND pertama dan kedua yang digunakan oleh Putera Negeri A apabila bercakap dengan Puteri Negeri B, dan sebaliknya? Adakah mereka menggunakan 'beta' sesama mereka?Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.Tatabahasa30.11.2014
Tuan, Bolehkah beta digunakan oleh kerabat diraja selain daripada Sultan/Raja sebagai kata ganti nama diri? Jika tidak, apakah kata ganti nama diri yang betul apabila misalanya 1. perbualan antara puteri dengan Sultan 2. perbualan antara puteri dengan puteri 3. perbualan antara puteri dengan rakyat jelata Terima kasih.Selamat petang

    Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.

    Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

    Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

    Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa04.08.2016
Selamat sejahtera. 1. Biasanya Bendahara atau Laksamana berkata dengan Sultan, kata ganti nama diri pertama ( patik ) dan KGND kedua ( tuanku ) digunakan. Soalan 1: Kalau sebaliknya, Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Soalan 2: Kalau sultan/raja berkata dengan kerabat raja yang lain seperti Permaisuri/ Sultanah, Putera, dan Puteri, apakah KGND pertama dan KGND kedua yang paling sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam Sejahtera. Penggunaan Kata Ganti Nama Diri (KGND) Pertama dan Kedua adalah seperti yang berikut:

1.  Sultan berkata dengan Bendahara atau Laksamana:
   
i.  Beta (KGND Pertama)

ii.  Tuan Bendahara / Laksamana (KGND Kedua)

2. Sultan berkata dengan Permaisuri/Sultanah

i.  Kekanda (KGND Pertama)

ii. Adinda (KGND Kedua)

1.   Sultan berkata dengan Putera/Puteri

i. Ayahanda (KGND Pertama)

ii. Anakanda (KGND Kedua)

Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa18.06.2017
Tuan/Puan, Antara berikut yang manakah betul? a) mendapat rawatan b) mendapatkan rawatan Jika carian kata dalam prpm dirujuk kedua-dua frasa digunakan? Apakah perbezaan tersebut? Tolong jelaskan. Ribuan terima kasih didahulukan.

 

  • mendapat

    1. beroleh, memperoleh: ~ keuntungan yg besar; ~ faedah drpd membaca buku-buku ilmu pengetahuan; 2. memperoleh, menerima, diberi: mereka masing-masing ~ hadiah; pekerja-pekerja itu ~ berbagai-bagai elaun selain gaji pokok; 3. menikmati (kemewahan, kesenangan, kebahagiaan, dll), mengalami (kesusahan, kecelakaan, dll), memperoleh: ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup; ~ penyakit; ~ nama buruk; 4. menerima (surat, berita, dll): dia kelihatan bermenung setelah ~ telegram drpd ayahnya; 5. menemui, menjumpai, memperoleh: ~ barang yg dicari; ~ penyelesaian yg sebaik-baiknya; ~ hati ki menerima atau memperoleh cinta (drpd seseorang); ~ khabar menerima (mendengar) khabar; ~ malu menanggung malu, diaibkan (oleh sesuatu kejadian dsb); ~ tempat diberikan perhatian (layanan, pengiktirafan, dsb), diterima (sbg berhak dsb); ~ sama berlaba, kehilangan sama merugi prb hidup yg seia sekata;

     

  • mendapatkan

  • 1. pergi bertemu atau berjumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, menziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati;

    mendapat rawatan - tepat

  • Tatabahasa03.10.2012

    Kembali ke atas