kekangan atau kengkangan? | Perkataan yang betul ialah kekangan, lihat kekangan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kekangan untuk maklumat selanjutnya. | Ejaan | 27.07.2015 |
penggunaan perkataan kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang. | Kekangan bermaksud halangan/sesuatu yg mengekang (menghalang dll). Dalam konteks ayat tersebut, kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang ialah halangan/sesuatu yang menghalang permohonan ruang itu diluluskan. | Makna | 01.04.2010 |
Jika dua ayat yang sama pada akhir ayat, contoh: teknologi maklumat dan sains maklumat, perlukah ditulis seperti contoh yang diberikan atau diringkaskan kepada teknologi dan sains maklumat. Atau dua ayat yang sama pada awal ayat, contoh: kekangan fizikal dan kekangan keutamaan. Ditulis seperti contoh yang diberikan atau diringkaskan kepada kekangan fizikal dan keutamaan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Kekalkan kepada teknologi maklumat dan sains maklumat kerana dua bidang yang berbeza. Jadikan kepada kekangan fizikal dan keutamaan kerana menceritakan perkara yang sama (kekangan) pada dua perkara berbeza (fizikal dan keutamaan). Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 10.03.2019 |
maksud kekangannya | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. | Istilah | 15.03.2010 |
Keterangan : Perbezaan peringkat analisis fonetik dan fonologi (Pasangan Minimal, kekangan urutan fonologi, kesejagatan fonologi, pemerolehan bahasa, dan suprasegmental) | Fonetik merupakan ilmu bahasa (linguistik) yg berkaitan dgn penyebutan kata dan lambang yg menunjukkan sebutannya. Fonologi pula merupakan kajian tentang bunyi sebutan dlm sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi karya Arbak Othman. | Tatabahasa | 06.08.2007 |
penjelasan tentang maksud konstrain | Sebagai kata nama maksud perkataan ini ialah paksaan; kekangan,hambatan,kendala. Rujuk Kamus Inggeris Dewan, halaman 296. | Makna | 17.11.2008 |
Apakah istilah yang bertepatan untuk perkataan "personalization". Ayat contoh: Untuk mengenalpasti elemen "personalization" yang boleh mengatasi kekangan untuk terus menggunakan sistem kesihatan. | Padanan dalam bahasa Melayu yang lebih tepat untuk perkataan "personalization" ialah "personalisasi" | Istilah | 11.10.2022 |
Saya ingin bertanyakan mengenai usaha-usaha oleh pelbagai pihak yang bersusah payah memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan sejak tahun 1957. Dan Apakah cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh bahasa melayu di dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan? | Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Jadi, setiap masyarakat perlulah mendokong bahasa rasmi ini dan digunakan secara meluas dalam sebarang urusan. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, KeKKWa dan DBP telah menjalankan pelbagai program dan usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ini. Usaha ini masih diteruskan sehingga sekarang. | Lain-lain | 27.08.2007 |
permohonan online ambil masa berapa lama..cust call pun susah sgt nk angkat call | Untuk makluman tuan, kami berusaha menguruskan setiap permohonan iklan dengan kadar yang segera, kekangan kami apabila terdapat dalam kalangan petugas dikehendaki bertugas di luar pejabat. | Lain-lain | 13.05.2015 |
Sekiranya saya ingin membeli buku aktiviti pendidikan khas masalah pembelajaran kerana ada masalah kekurangan buku apabila murid baru tiba-tiba masuk ke kelas pendidikan khas sedangkan buku sedia ada hanya mencukupi untuk murid sedia ada atas kekangan mengikut enrolmen murid ketika order dibuat melalui spbt pendidikan khas sekolah.Di mana saya boleh membelinya secara terus?Terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Untuk makluman tuan, buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 30.07.2025 |