soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih | 1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012. 2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012. 3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012), 2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012). | Lain-lain | 03.10.2012 |
Maksud perkataan 'puspawati'. Terima kasih. | Puspa: sl bunga; ~ hati ki kekasih, buah hati; taman ~ (sari) taman bunga, jambangan. Wati: bentuk yg menyatakan perempuan | Makna | 14.04.2009 |
MOHON NASIHAT PENGGUNAAN PERKATAAN KE DAN KEPADA. | Ke : i. awalan untuk membentuk bilangan yang menunjukkan kedudukan dalam siri atau urutan (kelapan, ketiga); ii. awalan membentuk kata nama (kekasih, kecantikan); iii. kata sendi yang menunjukkan arah (ke utara); iv. Pergi (menuju sesuatu tempat) - ke pasar. Kepada : i. Kata untuk menyatakan arah (mengirim surat kepada adiknya); ii. Terhadap, akan (jangan buat jahat kepada orang); iii. Daripada, pada (Beliau penolong kepada Pegawai Daerah). | Makna | 17.01.2008 |
APAKAH MAKSUD " MUSTIKA" | Ejaan yang betul ialah mestika yang bermaksud sejenis permata bernilai atau sebagai kata kiasan bagi menggambarkan sesuatu yang termolek, tercantik atau sesuatu yang disayangi, iaitu kekasih. | Makna | 15.05.2009 |
penggunaan kata awalan "di","ke","dan" | Awalan di dan ke ditulis sebagai satu perkataan (bersambung dengan kata yang mengikutinya). Cth. di-:dimakan, dibuat, dilaksanakan(kata kerja pasif). ke: ketua, kekasih,kehendak. Dan ialah kata hubung gabungan yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Cth. Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. | Tatabahasa | 02.04.2008 |
betul ke cahaya mata diguna pakai kembali menggantikan "cahaya hati". pohon penjelasan. | Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kedua-dua istilah ini boleh digunakan kerana cahaya mata membawa maksud a) kilau mata, sinar mata; b) kekasih, buah hati; dan juga c) anak. Manakala cahaya hati merujuk kepada pengunaan dalam bidang sastera yang bersifat metafora yang menujukkan kebaikan, kebeningan akhlak, dan maksud khusus daripada pengkarya. Molek kiranya dijadikan http://prpm.dbp.gov.my/ sebagai teman setia di hujung jari. | Lain-lain | 05.02.2014 |
apakah perbezaan penggunaan kata cenderamata dan cenderahati? Apakah makna tersendiri kata cenderamata dan cenderahati? | kedua-dua membawa maksud yang sama. cenderamata 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati. | Tatabahasa | 10.07.2007 |
apakah maksud perkataan indonesia JOMBLO,ARJUNA,PACAR | Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, jomlo bermaksud gadis tua, Arjuna bermaksud salah seorang daripada Pandawa lima atau lelaki yang dikasihi dan pacar bermaksud tumbuhan yang daunnya digunakan sebagai pemerah kuku, jari, rambut, dsb; inai atau teman lawan jenis yang tetap dan mempunyai hubungan cinta kasih; kekasih. | Makna | 02.10.2006 |
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan maksud bagi ungkapan "buah hati pengarang jantung" setelah bertukar pandangan dengan rakan universiti yang merupakan bukan penutur Bahasa Melayu. Pencarian dalam PRPM tidak menggolongkan ungkapan tersebut di bawah 'jantung' tetapi di bawah 'pengarang': "~ jantung buah hati". Pencarian dalam Google Books dan Internet banyak menunjukkan penggunaan "buah hati pengarang jantung" dan bukan "pengarang jantung buah hati". Ini merupakan fenomena yang menarik bagi saya. Setahu saya ungkapan ini bukan peribahasa. Saya amat menghargai sekiranya pihak Tuan boleh memberikan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih. | Penggunaan buah hati pengarang jantung banyak digunakan dalam puisi Melayu yang membawa maksud menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Pengarang Jantung ialah kekasih manakala maksud buah hati pula ialah orang yg dikasihi. Ini memberikan maksud Orang yang dikasihi iaitu kekasih. Maka penggunaan buah hati pengarang jantung adalah lebih sesuai dan telah banyak digunakan dalam puisi Melayu. | Penyelidikan | 12.06.2018 |
Apakah beza tebatan dan tambatan banjir. Yang manakah sesuai tebatan banjir atau tambatan banjir? | Istilah yang betul ialah "tebatan banjir". Perkataan tambatan tidak sesuai untuk banjir kerana maksud tambatan ialah: 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian membuka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; | Makna | 19.10.2014 |