Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kekasihku

Puisi
 

Buat padi tak jadi padi,
     Padi bunganya lalang;
Buat budi dibalas budi,
     Kekasihku sentiasa dikecek orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada 2 pertanyaan: 1. Adakah perkataan ku perlu dirapatkan seperti; bisikku atau bisik ku? ku tanya ? 2. tanda baya dalam dialog adakah perkataan selepas itu huruf besar atau kecil? "Jangan masuk ke dalam kelas." Dia/dia? "Apa nama awak?" Tanya Cikgu Ramlah ATAU tanya1. ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri. Perlu dieja rapat. Penggunaan yang betul ialah kuingat, kudengar, kuterima, kuingin, kubaca, rumahku, kekasihku, adikku dan sebagainya.

2. Soalan yang dikemukakan tidak difahami. 

3. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tatabahasa bahasa Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.  Buku ini dijadikan rujukan dan pegangan oleh DBP, sekolah dan Kementerian Pendidikan. Buku-buku tatabahasa lain boleh dijadikan rujukan juga, tetapi jika ada perbezaan pendapat, gunakan panduan Buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa31.07.2021
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya?Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat IslamLain-lain16.05.2007
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: ku ingin/kuingin mencari kekayaan. Bagaimana pula dengan contoh ini: kumencarimu/ku mencarimu/kumencari mu? Terima kasih!

Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri “ku”  (kependekan aku),  boleh digunakan dalam 3 keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku. Manakala, bagi kata ganti nama diri singkatan “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “kuingin mencari kekayaan” dan “aku mencarimu”

Tatabahasa16.06.2020
boleh singkatan kata ganti nama diri ‘ku‘ bagi ‘aku’ bergabung dgn KK pasif menjadi kudilamar / kudiundang / kudiberi etc? Adakah masih gramatis dan boleh diterima seperti bila singkatan ‘ku’ bergabung dengan KK aktif, contohnya kumakan, kuteroka?

Untuk makluman, Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku)  boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.   

Tatabahasa19.10.2019
1. Saya tahu bahawa perkataan 'ku' dan 'kau' perlu dieja rapat. Contohnya, milikmu, pelukanmu, kuberi, kumakan dan kubangun. Tetapi, jika perkataan sebelum 'ku' ialah kata adjektif/sifat, adakah masih perlu dieja rapat? Kusedih atau ku sedih. Kaucantik atau kau cantik? 2. Selain daripada merujuk buku tatabahasa dewan, adakah DBP menyediakan rujukan tatabahasa atau FAQ tatabahasa dalam talian?

1. Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan kau tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain.

Untuk kata ganti nama diri “ku” (kependekan aku), boleh digunakan dalam 3 keadaan:

a) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang.

b) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku.

c) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.

Untuk kata ganti nama diri "kau" (kependekan engkau), hanya boleh diletakkan di awal perkataan. Contoh kauhantar, kausimpan, kaukemukakan. 

2. Untuk rujukan, puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.

Puan juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan buku-buku tatabahasa yang diterbitkan oleh DBP, dengan melayari laman web Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP: pustakav2.dbp.gov.my/index.php. Laman ini memaparkan KATALOG AWAM DALAM TALIAN (KAWAT). Cara menggunakannya ialah dengan menaip judul buku atau pengarang dan klik cari.


Tatabahasa25.10.2022
Salam sejahtera, Dari sudut mentranskripsikan perbualan seharian, ada kalanya terdapat perbualan yang mungkin berbentuk bahasa tidak rasmi/bahasa pasar. Oleh yang demikian, jika dialognya begini "ku sedang makan epal" atau "ku sangat mencitaimu" atau "ku pandai menarik perhatianmu". Sepatutnya, ku digantikan dengan aku. Namun, dari sudut transkripsi, haruskan ku dicantumkan dengan perkataan di sebelahnya? Maaf jika soalan saya ini kurang memuaskan. Terima kasih!

Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain.

Untuk kata ganti nama diri “ku”  (kependekan aku),  boleh digunakan dalam 3 keadaan:

1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang.

2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku.

3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.

Manakala, bagi kata ganti nama diri singkat “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.

Tatabahasa30.11.2020

Kembali ke atas