Salam sejahtera, Saya petik teks di bawah ini daripada lelaman prpm@DBP. "Soalan saya inginkan penjelasan tentang ejaan bekerja. Mengapa pekataan tersebut tidak dieja sebagai berkerja? Terima kasih. Jawapan Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu." Soalan saya, mengapakah apabila perkataan serta diberi imbuhan "ber", ia menjadi berserta dan bukan beserta? Sekian, terima kasih. | Awalan ber- yang bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- (kerja, derma, serta),maka r dalam awalan ber- tidak gugur, walaupun terdapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. | Tatabahasa | 03.02.2009 |